Salam sejahtera buat semua.
Menurut sumber berita yang diperoleh daripada Berita Terkini TV3, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada 21 Februari ini (Isnin).
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM <JARAK><NO. KAD PENGENALAN> dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM (keputusan STPM 2010 secara online) di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan STPM 2010 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November sehingga 16 Disember 2010 yang lalu. Daripada jumlah itu, 47,369 orang merupakan calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.
beliamuda: Ini bermakna, tarikh keputusan SPM 2010 juga semakin hampir. Selamat berjaya kepada semua pelajar.
Leave a Reply