Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.

Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012

Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012

Calon Sekolah

  1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  2. Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  3. Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  4. Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.

Comments

109 responses to “Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka”

  1. shuhadah Avatar
    shuhadah

    salam..saya calon spm tahun 1999..saya nak repeat untuk paper matematik sahaja kerana keputusan x menggalakkan.adakah cara untuk score subjet tersebut dari guru atau hanya boleh belajar sendiri.

    1. liza Avatar
      liza

      kalau saya,, saya akan guna score a program. drpd usm sendiri.. dalam program ni dah tersedia soalan2 past year exam drpd 1993 hingga sekarang. mmg mudah dan cpt.. dh melahirkan ribuan testimoni pelajar cemerlang. so yang ni cadangan saya.

    2. beliamuda Avatar

      Wasalam. Bergantung kepada diri sendiri. Kalau rasa tidak mampu, carilah bimbingan daripada guru.

  2. atiq Avatar
    atiq

    assalamualaikum cikgu.sy nak tanya,boleh ke kalau nak duduki semula paper kimia dan fizik.saya spm tahun 2007.kalau boleh,mcm mana caranya?

    1. beliamuda Avatar

      Waalaikumussalam.
      Boleh iaitu dengan cara mendaftar untuk menduduki SPM sebagai calon persendirian.

  3. mael Avatar
    mael

    Assalamualaikum.. boleh x sy nk ambk paper fizik je utk spmu sesi julai 2013 ni????

    1. beliamuda Avatar

      Waalaikumussalam. Paper Fizik tiada dalam SPMU. Harap maklum.

  4. salleh Avatar
    salleh

    salam,saya brumur 20tahun..dan tak pernah mngambil pmr..boleh ke sye mngambil spm persndirian??

    1. beliamuda Avatar

      Wasalam. Mengikut syarat yang ditunjukkan dalam Maklumat AM SPM, ianya tidak perlu. Namun, untuk pengesahan anda dinasihati untuk berhubung dengan pihak PPD/JPN.

  5. khairul Avatar
    khairul

    salam cikgu, saya nk amik bahasa English, bolah ke saya amik paper julai 2013 ni, yg mane sy dah amik spm dulu tahun 2003.nk bg lulus paper bahasa english..

    1. khairul Avatar
      khairul

      bila boleh daftar..

  6. ummu Avatar

    assalam..result spm saya tidak memberangsangkan…adakah saya perlu mengulang semula semua subjek ataupun hanya perlu amik paper julai sahaja?

  7. nurnabilah Avatar
    nurnabilah

    assalamualaikum..
    saya ingin bertanya bilakah tarikh pendaftaran spm(ulangan) dibuka untuk 2013?saya ingin mengulang semula subjek fizik/sains

  8. Rozita Avatar
    Rozita

    saya nak amek paper julai. tapi nak amek subjek math n BI. sye spm 2010. ble bole daftar?

  9. ASRAF Avatar
    ASRAF

    assalamualaikum.. boleh bagi tahu cara-cara untuk ambil SPM kertas julai

  10. Muhd amin bin bernadus Avatar
    Muhd amin bin bernadus

    Ass salam…sya xpna ambl spm,tp thun 2013 ne sya
    nak ambl spm bg calon prsndrian..tp sya xthu bgaimna cra’y..ble tlg sya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge