Kedudukan Enam MRSM Paling Cemerlang SPM 2011

Salam sejahtera buat semu.

Ranking MRSM keputusan SPM 2011

Prestasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sentiasa menjadi tumpuan ramai disamping keputusan yang diperolehi oleh Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tahun ini, beberapa buah MRSM telah mencatat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011.

Bagi kedudukan enam MRSM teratas, bekas cikgu saya di MRSM PC yang kini telah berpindah ke MRSM Terendak telah berkongsi senarai tersebut berserta Gred Purata Maktab (GPM). Walaupun keputusan MRSM terbaik tahun ini ialah dengan GPM 1.0, ianya masih belum mampu untuk mengatasi keputusan terbaik MRSM PC pada keputusan SPM 2010.

Ranking MRSM 7 Terbaik untuk Keputusan SPM 2010Dipaparkan di bawah ialah senarai enam kedudukan MRSM paling cemerlang dalam keputusan SPM 2011.

Ranking MRSM 6 Terbaik untuk Keputusan SPM 2011

  1. MRSM Tun Ghafar Baba – 1.0
  2. MRSM Taiping – 1.06
  3. MRSM Pengkalan Chepa – 1.12
  4. MRSM Kuantan – 1.19
  5. MRSM Pontian – 1.21
  6. MRSM Langkawi – 1.29

Difahamkan, MRSM yang mencatat GPM dibawah nilai 1.75 adalah dikategorikan sebagai cemerlang. Saya tidak pasti sama ada masih terdapat lagi beberapa buah MRSM yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2011 atau tidak.

Saya agak terkejut dengan penampilan MRSM Kuantan dalam senarai kedudukan cemerlang kali ini. Jikalau anda adalah bekas pelajar MRSM, anda akan memahami kenapa saya berpandangan sedemikian. Walau apapun, keputusan SPM bagi MRSM PC mencatatkan penurunan seperti yang telah dijangkakan oleh para guru.

Keputusan terbaik SPM 2010 oleh MRSM PC dengan GPM 0.83 pada tahun lalu juga masih belum dipecahkan kerana sekolah terbaik di Malaysia dalam SPM 2011 iaitu Kolej Tunku Kursiah telah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan nilaian 0.93.

beliamuda: Setakat ini, saya masih lagi belum memperolehi senarai ranking MRSM dalam keputusan SPM 2011.

23 thoughts on “Kedudukan Enam MRSM Paling Cemerlang SPM 2011

  1. batch spm 2011 memang la PKP tpy dieowg major goverment compare to exmrsm..
    kejayaan mrsm kuantan disebabkan pengetua dan guru2 yg hebat2 semuanya..pengetua Haji Khalil yang banyak bawa perubahan kepada mrsm kuantan tpy sayang, beliau dah berpindah ke mrsm balik pulau..

  2. Maafkan saya… saya dri MRSM Taiping SPM 2011. Ranking 6 terbaik di atas adalah MRSM PKP, Bermula 2010 terdapat 6 MRSM PKP dan bukan 3. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge