Bersua Muka Dengan @TianChad, Namun Tidak Bertegur Sapa

Salam sejahtera buat semua.

Pusat Perodua Servis Lahat Ipoh

Siapa sangka di Pusat Servis Perodua Bukit Puchong pada Sabtu yang lalu, saya telah bersua muka dengan seorang blogger yang saya kenali sebagai salah seorang Maxis10 Reviewers untuk HTC Desire S. Walaupun kami telah bersua muka, saya tidak sempat untuk menegur beliau.

Pada pagi Sabtu tersebut, saya telah membuat tempahan untuk melakukan servis berkala pada Perodua Viva. Tempahan telah dibuat pada pukul 9.30 pagi. Agak lama juga masa menunggu disebabkan ramai lagi pengguna lain yang telah berada di situ. Nasib baik saya telah membuat tempahan lebih awal.

Tidak berapa lama kemudian, datang satu pasangan. Sebaik sahaja dia berada di sofa yang bersebelahan, saya rasa macam pernah melihat wajah tersebut. Kebetulan pada masa tu dia sedang asyik membelek gambar SNSD semasa Konsert Live@Twin Tower menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.7.

 

Setelah diamati, saya dapati orang tersebut mempunyai wajah seperti TianChad. Sekadar untuk mendapatkan respon, saya menghantar satu kicauan khas seperti di atas. Lagipun, semasa saya mengamati gambar yang diletakkan di Twitter, dia tidak memakai spek mata.

Oleh kerana tiada respon di Twitter dan kereta pun sudah siap diservis, maka saya beredar dari situ dengan perasan ingin tahu sebab saya hampir yakin itu adalah TianChad.

Beberapa minit selepas itu, barulah kicauan tersebut mendapat balasan dan memang benarlah itu TianChad. Peluang yang ada untuk bertegur sapa telah berlalu begitu sahaja. Tiada rezeki nampaknya.

@beliamuda haha its me! Feel like dunggu waiting here

— TianChad (@tianchad) March 24, 2012

 

beliamuda: Dia pun tinggal di Puchong rupa-rupanya…

5 thoughts on “Bersua Muka Dengan @TianChad, Namun Tidak Bertegur Sapa

  1. Pingback: Pemeriksaan Kereta Percuma dengan Perodua Tweckbot Sebelum Raya | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge