Ranking MRSM untuk Keputusan PMR 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ranking MRSM PMR 2011

Selain daripada ranking SBP dalam PMR 2011 yang menjadi perhatian umum untuk melihat prestasi sekolah-sekolah terbaik di Malaysia, tidak lupa juga kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Senarai awal kedudukan bagi MRSM dalam keputusan PMR 2011 sudah kelihatan walaupun analisa penuh berkemungkinan hanya akan didapati apabila bermulanya sesi persekolahan tahun depan.

Senarai ranking MRSM dalam PMR 2011 boleh didapati di bawah walaupun saya tidak dapat memastikan sumber asal ianya dikeluarkan. Dengan pengesahan daripada seorang guru di MRSM Tun Abdul Razak (sebelum ini dikenali sebagai MRSM Pekan) yang juga merupakan bekas guru Matematik semasa saya berada di MRSM Transkrian, senarai tersebut mungkin boleh dipercayai.

Ranking MRSM PMR 2011

  1. GEMENCHEH (1.0204)
  2. PASIR TUMBOH (1.0210)
  3. KUALA KUBU BHARU (1.0238)
  4. TUN ABDUL RAZAK (1.0248)
  5. PASIR SALAK (1.0313)
  6. LENGGONG (1.0341)
  7. TERENDAK (1.0380)
  8. GERIK (1.0385)
  9. SERTING (1.0408)
  10. KUALA KLAWANG (1.0414)
  11. KUALA TERENGGANU (1.0420)
  12. MUADZAM SHAH (1.0461)
  13. BESERI (1.0479)
  14. TRANSKRIAN (1.0479)
  15. KUBANG PASU (1.0489)
  16. BATU PAHAT (1.0490)
  17. BALIK PULAU (1.0494)
  18. LANGKAWI (1.0508)
  19. PENDANG (1.0511)
  20. PDRM KULIM (1.0533)
  21. PONTIAN (1.0534)
  22. MERSING (1.0626)
  23. KEPALA BATAS (1.0631)
  24. KOTA KINABALU (1.0658)
  25. KUANTAN (1.0661)
  26. KUALA BERANG (1.0691)
  27. FELDA (1.0708)
  28. PENGKALAN HULU (1.0748)
  29. ALOR GAJAH (1.0748)
  30. KUALA LIPIS (1.0748)
  31. KUALA KRAI (1.0774)
  32. MERBOK (1.0811)
  33. KUCHING (1.0817)
  34. KOTA PUTRA (1.0833)
  35. BESUT (1.1066)
  36. JELI (1.1174)
  37. TAWAU (1.1252)
  38. BETONG (1.1263)
  39. MUAR (1.1563)

Seperti biasa, saya akan hitamkan MRSM Transkrian sebagai tanda peringatan buat saya. Maklumlah, bekas MRSM dulu. Saya daripada golongan pelajar perintis pada waktu tersebut dan kumpulan pertama yang menduduki PMR. Tapi tidak pula saya ingat kedudukan MRSM Transkrian dalam PMR pada tahun tersebut.

Saya jangkakan perbandingan kedudukan di dalam MRSM akan menjadi semakin hebat diperkatakan dengan kewujudan empat jenis MRSM, iaitu MRSM biasa, MRSM Ulul Albab, MRSM IGCSE dan gabungan MRSM Ulul Albab dan IGCSE.

beliamuda: Saya akan lengkapkan nilaian GPS bagi setiap MRSM apabila analisa secara keseluruhan dikeluarkan nanti. Nampaknya ranking MRSM PMR 2011 tidak dapat menandingi SBP.

11 thoughts on “Ranking MRSM untuk Keputusan PMR 2011

  1. Pingback: Ranking SBP bagi Keputusan PMR 2011 | beliamuda {dot} com

  2. ehh..beseri dgn langkawi dah ada lower form balik..baru tau..hehe..
    masih t’igt kenangna kat trans dulu..

    tahun depn ke trans la kita sambut 10 tahun..hehe..

  3. tq 4 da information…
    rndu nyer nk blek maktab…
    hope result spm 2001 utk mrsm felda ok..,
    n dpt m’buatkan smua wrga mrsm felda bgga ngan pencapaian kmi,
    last year spm candidate 2011..
    AMIN YA RABBAL AALAMIN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge