Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011?

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

PMR 2011

Baru sahaja beberapa minggu sejak berakhirnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Seperti kebiasaan, sebaik sahaja berakhirnya PMR, timbul pula persoalan tentang tarikh pengumuman keputusan PMR 2011. Sudah ada yang mula mengajukan pertanyaan ini kepada saya dalam tulisan tahun lepas.

Nampaknya adik-adik Tingkatan 3 sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan masing-masing, walaupun sebenarnya ramai lebih suka selepas berakhirnya peperiksaan tersebut. Mana taknya, ramai yang mengatakan tempoh selepas berakhir PMR sebagai musim berbulan madu (baca: honeymoon) sebelum mereka perlu menempuh SPM pula pada 2013 nanti.

Semasa berlangsungnya peperiksaan PMR 2011 tempoh hari, PMR 2011 (atau PMR) telah menjadi Trending Topic (TT) di laman Twitter (bagi demografi Malaysia). Rasanya inilah kali pertama PMR menjadi TT di sana. Mungkin juga kerana pengenalan demografi TT.

Dijangkakan, keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb). Mengimbas kembali pengumuman keputusan PMR 2010, ianya diumumkan pada 23 Disember 2010. Jadi, tarikh pengumuman pada tahun ini berkemungkinan akan lebih kurang sahaja dengan tarikh tahun lalu.

Itulah jangkaan saya. Jika korang ada maklumat yang lebih sahih dan tepat, diharap korang dapat kongsikan dengan kami semua. Err, ada juga ke kes kebocoran soalan/jawapan yang terjadi semasa PMR 2011 seperti yang terjadi semasa UPSR 2011?

beliamuda: Adakah khabar angin berkenaan tarikh keputusan PMR 2011 akan bertiup kencang seperti tahun lalu?

Comments

72 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011?”

  1. hannan cs9 Avatar
    hannan cs9

    bagaimanakah gred pada tahun ini di kira? bilakah tarikh pemeriksaan jawapan?

    1. beliamuda Avatar

      @hannan cs9, ku tidak ketahuan.

  2. muhd azrie afnan bin azhar Avatar

    saya ingin mencadangkan supaya kertes-kertas soalan (PMR)dihanar ke sekolah 2-3 hari sebelum PMR bermula.Bagi saya ianya tidak adil bagi mereka tidak tahu soaln bocor

    1. shima Avatar
      shima

      tidak boleh memberi cadangan seperti itu kerana salah di sisi undang2.. ini mungkin tidak adil bagi segelintir pihak yang tidak tahu soalan bocor tersebut.biarlah peperiksaan ini dijalankan dengan jujur dan amanah..

      1. nashiera Avatar
        nashiera

        saya amat menyokong pndangn tersebut,…ini kerana
        kepandaian seseorang itu hendaklah diuji dengan kejujuran,…bukan hanya
        nak mem’baby’ buta….renung2knlah..slamat mencuba!!!!

  3. iera Avatar
    iera

    saya amat berbesar hati sekiranya tarikh keputusan itu dipercepatkan sedikit kerana saya tidak sabar menanti keputusan itu.

    1. beliamuda Avatar

      @iera, Itu bergantung.

  4. izzureen Avatar

    tak kesah la bile pun…yang pnting 8A dlam tangan:} hehe

    1. beliamuda Avatar

      @izzureen, Moga2.

    2. aini Avatar
      aini

      @izzureen, 9a,,haha

  5. Elvin Avatar

    BIKIN TAKUT …

    1. beliamuda Avatar

      @Elvin, kasi rilek.

  6. ilLa Avatar

    sye harap tarikh penerimaan kptusan pmr utk thun ney di percepatkan….

    1. beliamuda Avatar

      @ilLa, moga2.

  7. Tg fyrra Avatar
    Tg fyrra

    x sbr nux 2ngu rslt kuar..tkt pon dewr..

    1. beliamuda Avatar

      @Tg fyrra, sabar2.

  8. Syairah Avatar
    Syairah

    adakah peratus sejarah akan menurun untuk tahun ini?

    1. beliamuda Avatar

      @Syairah, bergantung.

    2. cik gadis Avatar
      cik gadis

      @Syairah, rasanya ta k0t. sebab sejarah tahun ni ramai yang cakap senang sangat..

  9. Rahimah Avatar
    Rahimah

    arghhhh,,,takot seyh..x sanggup rasenye nk lihat result tuh..

    *betol ke jawapan PMR yg dye beri kat dlm fb ??

    1. beliamuda Avatar

      @Rahimah, jawapan PMR kat dalam FB? Ada link tak? Saya takde dengar pulak pasal tu.

    2. Nadia Avatar
      Nadia

      @Rahimah, benda mcm ni x ptut la kta percaya, jnji awk usaha bnda mcm ni x pyh ambil serious langsung, knapa awk hafal ka jawapan tu??

  10. @miera Avatar
    @miera

    Rasa gemuruh bila org dok asyik berckp Hari Keputusan PMR,,Ya Allah! Harap2 sgt all the subject turun graf..INSYAALLAH! miera mampu genggam 9A’s..(^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge