Pengalaman Melalui Lebuh Raya PLUS: Ipoh-Kuala Kangsar

Salam sejahtera buat semua.

Lebuh Raya PLUS

Setiap pemandu di Malaysia ni pasti kenal dan tahu mengenai lebuh raya terpanjang di Malaysia yang menghubungkan bahagian utara dan selatan semenanjung Malaysia iaitu Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). PLUS yang sepanjang 772 KM bermula di Bukit Kayu Hitam (Kedah) sehinggalah ke Johor Bahru (Johor).

Paling jauh pernah saya lalui lebuh raya PLUS ialah dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Kuala Kangsar. Sepanjang laluan tu saya dapat saksikan satu kemalangan ngeri yang melibatkan beberapa buah kereta, berkemungkinan disebabkan kereta paling depan membrek secara mengejut menyebabkan kereta belakang yang tidak dapat mengelak terus merempuh kereta tersebut.

Itu kisah beberapa tahun dahulu. Sejak saya memandu sendiri kereta ke UTP, kerap jugalah saya lalui lebuh raya PLUS yang menghubungkan Ipoh-Kuala Kangsar. Jarak perjalanan antara dua kawasan ni tidak lah jauh mana pun. Kalau trafik lancar, perjalanan hanya memakan masa 15 minit.

Plaza Tol Jelapang Baru

Pengguna yang biasa melalui lebuh raya ni pasti tahu yang laluan berhampiran dengan Ipoh ni agak berbahaya disebabkan jalan agak curam dan sudah banyak kes kegagalan brek (terutama kenderaan berat) yang terjadi di kawasan ni. Sebab itulah juga Plaza Tol Jelapang yang asal dimansuhkan dan diganti dengan plaza tol baru yang berada di kawasan yang lebih rata.

Terowong Menora yang berada di antara Ipoh dan Kuala Kangsar juga kerap terjadinya kemalangan. Lagi parah apabila kemalangan tersebut berlaku di dalam terowong yang biasanya akan menyebabkan kesesakan yang teruk. Setakat pengalaman saya melalui terowong tersebut, belum pernah lagi bersesak di kawasan terowong tu.

Day 12 #039 - PLUS highway - The only tunnel

Setakat pengalaman saya melalui lebuh raya PLUS yang menghubungkan Kuala Kangsar–Ipoh, paling teruk kesesakan yang pernah terjadi ialah semasa sambutan Tahun Baru Cina pada bulan Februari tahu ni. Kesesakan bermula sebaik sahaja saya memasuki Plaza Tol Kuala Kangsar walaupun sebenarnya pengguna daripada arah Utara sebenarnya telah bersesak lebih jauh lagi.

Kesesakan tersebut berterusan sehinggalah ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak. Trafik menjadi perlahan disebabkan terlalu ramai pengguna lebuh raya yang berhenti di R&R Sungai Perak hingga menyebabkan ianya ditutup bagi menghalang kenderaan lain memasuki kawasan tersebut. Pengguna yang tidak dapat masuk telah memarkir kenderaan masing-masing di sepanjang lebuh raya berdekatan R&R tersebut menjadikan kesesakan lebih teruk.

R&R

Itu keadaan yang terjadi semasa sambutan Tahun Baru Cina. Bagaimana pula nanti semasa sambutan Hari Raya Adilfitri? Rasanya keadaan trafik pastinya lebih sesak. Kalau lebuh raya terlalu sesak, masih ada lagi laluan alternatif yang boleh dilalui. Cuma jalannya mungkin tidak seelok dan selebar lebuh raya.

Jadi, kena la pandai-pandai merancang perjalanan. Paling kurang boleh rujuk Google Map. Lagipun, PLUS pun dah ada di twitter. Boleh follow untuk ketahui update terkini mengenai kemalangan dan status berkaitan PLUS.

Rujukan: Laman web PLUS

Klik gambar untuk ke sumber asal

beliamuda: Tujuan asal entri ni adalah berlainan, tetapi sedikit melencong.

15 thoughts on “Pengalaman Melalui Lebuh Raya PLUS: Ipoh-Kuala Kangsar

    • @muhammad fakhruddin, Selalu lalu lebuh raya ni sebab kemudahan perjalanan. Kadang-kadang cemas juga lalu di sini bersama-sama dengan kenderaan berat.

    • @Pisyek, Haha. Ada jugak yang tanya kan. Sebenarnya aku nak cerita benda yang berlaku masa aku dalam perjalanan ke Taiping tempoh hari. Sekali terpusing ke arah lain. =P

  1. Lalu Jalan Lama. Jalan Lama sekarang sudah cantik. Sudah lebih elok, selesa, lebar, dan cantik. Tidak ada banyak kereta bila waktu biasa. Cuma jauh sikit sajalah kalau di seksyen Ipoh – Kuala Kangsar. Kena lalu Tasek, Kelebang, Chemor, Kanthan, Kilang Simen Lafarge-Holcim, Info Ternak, Rimba Panjang, Sungai Siput Utara, Salak Utara, Enggor, Kota Lama, Sayong, dan sampailah di Bandar DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge