Salam sejahtera buat semua.
Hari ini kebanyakan rakan termasuk saya sibuk berurusan dengan Exam Unit bagi menyiapkan proses mengisi senarai semak graduasi. Arahan yang dikeluarkan lewat petang Khamis lalu mewajibkan pelajar yang akan bergraduasi pada sem September 2011 untuk segera mengisi borang senarai semak graduasi (baca: graduation checklist) selewat-lewatnya hari ini.
Ada yang kelam-kabut kerana perlu mengingati semula semester sesuatu subjek diambil sebelum diisi ke dalam borang kerana senarai yang diberi oleh Exam Unit tidak menyatakan secara tepat semester subjek tersebut diambil (ada kesilapan lagi). Saya bernasib baik kerana masih lagi menyimpan slip subjek yang diambil setiap semester berserta dengan slip keputusan peperiksaan.
Jadi, saya dapat menyemak dan memastikan semester sesuatu subjek diambil adalah tepat. Disinilah pentingnya untuk kita menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan pembelajaran dan akademik (dalam kes ini terutamanya) bagi memudahkan urusan rujukan dan semakan di masa depan.
Walaupun saya tidak dapat melengkapkan gred bagi semua subjek kerana kehilangan salinan keputusan peperiksaan bagi semester Julai 2008, sekurang-kurangnya rekod sedia ada telah memudahkan urusan saya untuk mengisi borang dengan lebih awal. Salinan keputusan yang hilang tersebut berpunca daripada masalah laptop pertama saya yang korup, menyebabkan kehilangan data sepanjang tahun pertama pengajian.
Kalau takut menyusahkan jika terpaksa menyimpan kertas slip pendaftaran subjek, boleh juga jika setiap kali tibanya semester baru ianya diceritakan di blog sendiri. Mana tahu, ianya akan memudahkan untuk hal-hal yang seperti ini. Baru tadi tengok penaberkala mempratikkan teknik carian di blognya kerana terlupa pada sem manakah dia mengikuti kelas tenis. Boleh juga kalau nak paparkan result exam sendiri. =)
Kesimpulannya, dokumen penting jangan dibuang begitu sahaja. Ianya dapat mengelakkan pembaziran kertas yang digunakan. Sekurang-kurangnya dapat menghargai kertas-kertas yang telah digunakan.
beliamuda: Penyelesaian paling mudah bagi hal ini, dalam kes di UTP ialah kemudahan PRISM digunakan sepenuhnya. Tapi rasanya saya takkan sempat melihat PRISM akan mencapai tahap tersebut. Sekadar ada sahaja.
terima kasih kepada beliamuda dan roomatenya, penampalposter
siap jugak isi form graduation audit
semua sudah settle, alhamdulillah
penaberkala´s last blog about ..KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 : MALAYSIA KALAH TAPI MENANG
@penaberkala, Alhamdulillah. Moga nanti dapat berkonvo dengan mudahnya. Hehe~
Hee. Sama jugak bila nak isi borang PTPTN. Jangan esok nak hantar harini sibuk nak print. Mana dengan nak sign lagi.
Adam Roslan´s last blog about ..Kerajaan Sekat Hasrat Astro Naik Harga
@Adam Roslan, Hee. Macam biasa je tu bro? Hal dokumen ni, kadang-kadang rasa berserabut jugak.
aku heran gile, tahun dalam checklist tak sama dengan dalam transkrip. aku rasa nak lempang orang je. hahaha. 😀
Pisyek´s last blog about ..Contest: Lompat-Lompatlah Hoi Pisyek!
@Pisyek, tu la pasal. aku pun tak faham nape boleh lain. takkan sistem simpan data salah kot? masalah la macam tu.