Salam sejahtera buat semua.
Apa perasan korang kalau masa tengah semangat nak buat report pasal masalah berkaitan kepada pihak yang sepatutnya tapi akhirnya saluran yang disediakan tu tak dapat nak digunakan sebaiknya?
Alkisahnya macam ni la. Aku ada nak buat satu laporan khas kepada TM. Memang berkaitan dengan diorang la. Semangat aku pergi bukak laman web TM dan cari macam mana cara nak hubungi diorang dan dengan senang aku jumpa “Contact Us”.
Maka, berjayalah aku membuka paparan bagi page tersebut dan terus sahaja mengisi setiap yang perlu dalam proses membuat laporan tersebut. Segala maklumat diisi dengan tepat dan jitu sebab nak buat laporan yang serius dan bukan main-main punya.
Bahagian laporan tu la paling panjang. Segala huraian berkaitan laporan dibuat dalam tu. Lega bila selesai menulis dan siap sedia untuk menekan butang “Submit”.
Bila dah tekan tu, boleh pulak dia keluar amaran warna merah dengan tulisan yang bermaksud aku tak isi kesemua maklumat yang diperlukan. Aku dah pelik. Mata aku rabun ke apa? Ni semua dah lengkap isi.
Sebab rasa macam browser yang bermasalah, aku cuba lagi di browser lain. Namun hampa, hasil yang sama sahaja diperolehi. Cukuplah dua kali cuba di browser berlainan. Kena cari alternatif lain dan ternampak satu pautan untuk laporan, “Sexual Harassment”.
Gasak lah. Buka yang tu dan isi balik maklumat yang diperlukan. Nasib baik je tak perlu taip balik laporan yang panjang tu. Cuma copy and paste. Tapi sebelum ayat laporan aku tu bermula, aku tambah satu ayat pendahuluan.
“Maaf kerana terpaksa menggunakan saluran ini kerana kebodohan Contact Us pihak TM”
Harap mesej aku kepada mereka sampai. Pandai-pandai la diorang ambil tindakan yang sepatutnya.
beliamuda: Takde pulak orang TM call balik. Mungkin diorang faham la kot.
er, sabar jelah kan..
selalu jugak jadi camni..
@naimulfirdaus, Sabar jugak la walaupun dalam hati agak marah dengan kebodohan sistem tu.
kah3…ingatkan ade org goda td hehehe
hazwan´s last blog about ..Analisis : Malaysia XI vs Chelsea
@hazwan, Kalau ada orang goda pun, tak perlu lapor kat TM kot. Haha.
ape yg kau lapor tu??? sy staf TM ni
@cik seri, nak buat laporan mengenai kebocoran maklumat pelanggan TM. Selepas saya buat laporan pagi tu, TM dah keluarkan statement mengenai masalah tu.
pengalaman ak hntr report kat TM. memang lama sgt2 feedback dia bg. klau x silap lebih 2 minggu baru dia reply. tu pun dia ckp, “kami akan siasat lebih lanjut bla2…” padahal masalah dah settle baru die nak reply. hmmm
Azah´s last blog about ..Tak Komen Sebab Tak Nak Gaduh
@Azah, entah macam mana mereka menguruskan semua report-report ni.