Ketibaan di UTP bagi Meneruskan Semester 8

Salam sejahtera buat semua.

10 Julai 2011

Alhamdulillah, tepat jam 7:02 petang, saya menjejakkan kaki di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di perkampungan lima (V5). Kalau mengikut perancangan asal seperti yang ditulis dalam entri sebelum bertolak pulang dari rumah, kami terlewat dua jam.

41444 KM (10.45 pagi)

Kelewatan ini berpunca daripada terlajaknya masa saya bergerak dari rumah itu pada pukul 10.45 pagi. Sudah terlajak 45 minit di situ kerana ada beberapa urusan di rumah yang perlu diselesaikan dan pagi tadi telah menjadi pagi yang paling produktif di rumah.

Continue reading

Snippet: 13 Januari 2010

Salam sejahtera buat semua.

Sungguh tidak larat untuk menulis sesuatu yang berat hari ni. Jadi, saya bagi snippet je la untuk entri kali ni.

1. Semakin banyak pertanyaan di emel berkaitan entri-entri pendidikan. Bagi yang masih menunggu respon, diharap bersabar sebab saya tidak berkesempatan untuk membalas pada hari ini.

2. Komen-komen yang tidak berbalas juga akan dibalas pada hari esok. Mohon sabar dengan pertanyaan anda. Kalau anda masukkan alamat emel yang betul, sampailah jawapan komen anda di peti emel.

Continue reading