Google Doodle: Bermain Gitar Interaktif Sempena Ulang Tahun Kelahiran Les Paul

Salam sejahtera buat semua.

google doodle les paul

Seperti biasa, Google akan mengeluarkan doodle yang menarik bersempena denagn peristiwa penting dan menarik atau untuk memperingati tokoh yang terkenal. Hari ini, Google Doodle memaparkan gitar digital interaktif yang boleh dipetik bersempena dengan ulang tahu kelahiran ke-96 Les Paul.

Siapakah Les Paul ni? Saya pun kurang tahu, tapi apa yang pasti beliau adalah orang berkaitan dengan gitar. Les Paul ialah orang yang mencipta gitar elektrik seterusnya memangkin zaman kegemilangan Rock-n-Roll. Untuk lebih lanjut, anda boleh baca di wikipedia.

Menjadikan doodle kali ini lebih menarik apabila pengguna boleh berinteraksi dengan gitar tersebut dengan menggunakan kursor dan juga papan kekunci apabila “keyboard mode” diaktifkan. Mungkin anda boleh bermain beberapa lagu dengan dengan gitar ini.

beliamuda: Result sem Jan 11 keluar semalam dan baru hari ni dapat tengok.

Comments

One response to “Google Doodle: Bermain Gitar Interaktif Sempena Ulang Tahun Kelahiran Les Paul”

  1. […] dan beranimasi yang dipaparkan. Pengguna dapat berinteraksi dengan doodle tersebut seperti Google Doodle pemain gitar Les Paul dan animasi seperti Google Doodle bagi pencipta Penunu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge