Salam sejahtera buat semua.

Begitu banyak pertanyaan yang saya dapat sejak kebelakangan ini berkenaan dengan tarikh pengumuman keputusan semakan e-Rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi tahun 2011/2012.
Di portal UPU ada dipaparkan bahawa tarikh semakan e-Rayuan UPU boleh dibuat sekitar minggu ketiga bulan Jun 2011. Di sini saya ingin berkongsi tarikh semakan rayuan tersebut berdasarkan maklumat yang telah diterima.
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA
Tarikh semakan e-Rayuan UPU 2011 berkemungkinan adalah pada 14 Jun 2011. Segala maklumat berkaitan masih lagi belum kedapatan. Buat masa ini, bagi para pemohon yang masih menunggu keputusan e-Rayuan UPU boleh merujuk di E-Rayuan 2010 sebagai panduan.
beliamuda: Semoga para pemohon mendapat sedikit manfaat daripada perkongsian kali ini.
Leave a Reply