Analisa dan Perbandingan Pelan Baru Xpax (X2), Berbaloikah Beralih Pelan?

Salam sejahtera buat semua.

(Entri ini sepatutnya disiarkan beberapa hari selepas pelan X2 dilancarkan, namun atas sebab-sebab kesibukan penulis, ianya tertangguh. Cara-cara untuk bertukar ke Pelan X2 tidak dikongsi dalam entri ini. Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan dalam tulisan yang lain.)

xpax_logo

Seperti yang diuar-uarkan beberapa hari lalu, Celcom telah memperkenalkan pelan baru Xpax yang dikenali dengan X2. Pasti ramai yang teruja dengan kadar caj panggilan yang sangat murah yang dikenakan iaitu 28 sen bagi setiap 10 minit panggilan, namun pada masa sama pasti timbul perasaan ragu-ragu dengan pelan baru ini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut dengan analisa dan perbandingan pelan X2 (baca: New Xpax), jom berkenalan terlebih dahulu dengan pelan Xpax baru ni.

 

Pengenalan Pelan Baru Xpax (X2)

Pelan baru Xpax (X2) ini adalah pelan prabayar terbaru yang memperkenalkan kadar caj terbaik untuk panggilan suara, video dan juga SMS. X2 adalah peneraju pelan prabayar yang menawarkan rangkaian sosial bergerak melalui Kolony T.

Pelan prabayar X2 ini mulai efektif pada 8 April 2011 dan mulai tarikh ini, semua pelan permulaan Xpax yang berada dalam pasaran akan bermula dengan pelan X2. Pelan X2 boleh dibeli dan diaktifkan di kesemua cawangan Celcom, Blue Cube dan pengedar utama Celcom di seluruh Malaysia.

 

Kadar Caj bagi Pelan Prabayar Xpax Baru (X2)

New Xpax (X2) Plan

Seperti yang tertera di atas, kadar caj yang dikenakan adalah sangat murah, terutama bagi kadar caj panggilan suara dan video pada kadar rata 28 sen bagi setiap 10 minit berbanding kadar yang lebih tinggi bagi pelan Xpax terdahulu. Caj panggilan bagi pelan U.O.X dan S.O.X pula adalah pada 15 sen/minit (suara).

Inilah yang paling mengujakan pengguna kerana kadar di atas adalah sangat murah dan paling rendah dalam kalangan telco yang ada di Malaysia sekarang ini. Kadar SMS juga telah diletakkan pada 1 sen/SMS (caj yang sama yang dikenakan bagi pengguna S.O.X dan U.O.X).

Tapi, sesetengah pengguna termasuk saya agak skeptikal dan ragu-ragu dengan kadar caj yang dikenakan di atas. Kenapa boleh jadi sangat murah berbanding kadar sebelumnya? Jom baca sampai habis.

 

Perbandingan Kadar Caj dengan Telco Lain

Celcom juga turut menunjukkan perbandingan kadar caj yang dikenakan oleh telco lain seperti Hotlink (Telco H) dan DiGi (Telco D). Kadar caj panggilan suara dan video ke rangkaian lain pada 28 sen untuk lima minit juga sangat murah jika dibandingkan dengan rangkaian lain.

Xpax vs. Telco H vs. Telco D

Kalau-kalau ada yang berniat nak berpindah telco sebab tawaran yang menarik dalam pelan baru X2 ni, anda boleh berpindah ke Celcom tanpa perlu menukar nombor melalui MNP (Mobile Portability Number) yang boleh dilakukan di seluruh cawangan Celcom dan Blue Cube di seluruh Malaysia.

 

Berbaloikah Menggunakan Pelan X2?

Dengan kadar caj yang menarik bagi panggilan suara dan video yang dikenakan dalam pelan X2, pastinya ramai yang teruja terutama kaki gayut. Namun, berbaloikah untuk beralih kepada pelan X2 terutama bagi pengguna pelan U.O.X dan S.O.X?

Pelan Xpax Baru (X2)

Bagi pengguna pelan Xpax biasa, adalah berbaloi untuk berpindah ke pelan Xpax baru kerana kelebihan lebih berpihak kepada pengguna (terutama daripada segi kadar caj panggilan dan SMS). Namun, kadar caj rendah yang dikenakan untuk 8pax dan 15pax sudah tidak sah lagi dalam pelan X2 dan terhapus dengan sendiri.

 

Pelan U.O.X dan S.O.X

Bagi pengguna U.O.X dan S.O.X (seperti saya), ada beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum membuat keputusan perlukah bertukar ke pelan X2 atau terus kekal dengan pelan asal.

Pertama, perlu diingat keistimewaan tarikh luput kredit yang panjang (sehingga mencapai umur 18 bagi S.O.X dan 26 bagi U.O.X) sudah tidak ada apabila anda beralih ke pelan X2. Jadi, bagi pengguna yang jarang-jarang menambah nilai kredit (kadar penggunaan yang minimal), adalah tidak bijak untuk beralih ke pelan X2 semata-mata kadar caj panggilan yang dilihat sangat rendah.

Pelan X2 vs. Telco lain

Kedua, jika anda banyak melakukan panggilan dan setiap panggilan adalah dalam satu tempoh yang panjang, adalah langkah bijak jika anda beralih ke pelan X2. Namun, jika anda selalu melakukan panggilan, namun hanya dalam tempoh masa yang singkat (kurang dua minit), anda akan rugi jika bertukar ke pelan X2.

Ini kerana, kadar pengiraan caj untuk pelan X2 adalah dalam blok 10 minit. Bermakna, jika panggilan anda berdurasi 1 saat pun, anda tetap dikenakan caj 28 sen berbanding kadar asal pada 7.5 sen (blok 30 saat bagi U.O.X dan S.O.X). Seperti yang saya katakan di atas, jika panggilan anda selalu melebihi dua minit barulah pelan X2 sesuai untuk anda.

2 minit x 15 sen/min = 30 sen (U.O.X dan S.O.X) vs. 28 sen/10min (X2)

Contoh ditunjukkan berdasarkan andaian panggilan dilakukan ke pengguna rangkaian Celcom yang lain.

Ketiga, kadar MMS yang dikenakan bagi U.O.X dan S.O.X ialah 20 sen manakala dalam pelan X2, caj MMS ialah pada 35 sen (kadar rata ke semua rangkaian). Tapi, berapa ramai yang betul-betul menggunakan servis MMS serancak SMS kan? Mungkin poin ini tidak terpakai untuk kebanyakan pengguna.

Jadi, adakah anda rasa berbaloi untuk anda beralih ke pelan X2?

 

Rujukan:

1. Syarat dan Terma Pelan Xpax Baru (X2)

2. Switch to Xpax

3. Pengalaman sendiri. >_<

 

beliamuda: Perbandingan ini lebih menjurus kepada penguna pelan U.O.X dan S.O.X sebab lingkungan pengguna pelan ni antara yang teramai di sekitar saya dan saya sendiri pun menggunakan pelan U.O.X.

72 thoughts on “Analisa dan Perbandingan Pelan Baru Xpax (X2), Berbaloikah Beralih Pelan?

  1. salam..sy br je tkar dri plan uox ke x2…tp sy rse cm nk tkar blk la dri plan x2 ke u.o.x…cmne ek? blh or x?? help me…..!

    • Wasalam. Masa awal-awal lancar dulu, katanya boleh. Tapi saya dah lupa cara nak tukar balik ke UOX. Mungkin boleh bertanya terus ke Celcom Center.

  2. Salam… dulu saya guna plan u.o.x expiry 2015… bila dah tukar gi plan X2 ni, expiry still 2015 wahhhhh i like ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge