Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 2)

Salam sejahtera buat semua.

Perjalan UTP - PBAKL 2011

Kisah perjalanan kami bertiga dari UTP ke PBAKL 2011 bersambung daripada bahagian 1. Dalam entri sebelum ini, saya menoktahkan cerita sebelum sempat tiba di KL Sentral. Jom kita sambung semula kisah perjalanan tersebut.

Dalam entri kali ini, saya lebih banyak berkongsi gambar di sekitar PBAKL 2011 yang berlangsung di PWTC dan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan perjalanan saya bersama rakan-rakan.

Ketibaan di KL Sentral

Pemandangan di KL Sentral

Kami bertiga akhirnya tiba di KL Sentral apabila waktu semakin menghampiri pukul 8 pagi. Oleh kerana masih lagi terlalu awal untuk terus bergerak ke PWTC, maka kami bercadang untuk bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Sebelum itu, tiket perjalanan balik ke KTM Batu Gajah pada petang nanti perlu dibeli terlebih dahulu.

Bersarapan di McD KL Sentral

Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di KL Sentral. Nasib baik Faris sudah biasa dengan datang ke sini, jadi kami banyak bergantung dengan pengalaman Faris.

Bersarapan di McD KL Sentral

Oleh kerana kami tiba awal di KL Sentral, dapatlah jugak kami mengelak keadaan yang sesak dan berjaya mendapatkan tempat duduk di dalam McDonald KL Sentral. Kecil je pun keluasan McD kat sini. Dalam setengah jam kemudian, kawan kami yang lebih awal menaiki tren pada pukul 5 pagi tiba di sini.

Bersarapan di McD KL Sentral

Asalnya rancang nak online sebentar di sini, tapi Wifi kat McD masa tu macam tak berfungsi je. Mobile Internet dalam henpon ni dah nak sampai had penggunaan. Oleh kerana rancangan asal tidak berjaya, saya mengajak Faris untuk beredar lebih awal dari situ meninggalkan Farhan dan Aizat untuk terus ke PWTC sambil singgah di Hotel Seri Pacific untuk berjumpa dengan keluarga yang kebetulan ada menginap di sana.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pandangan ke bawah di Hotel Seri Pacific

Sebelum kami menjejakkan kaki ke PWTC bagi PBAKL 2011, saya mengajak Faris ke Hotel Seri Pacific terlebih dahulu. Dapatlah jugak membasahkan tubuh yang tidak sempat pun untuk disiram dengan air sebelum memulakan perjalanan ke KTM Batu Gajah.

Kami mengambil peluang untuk bersantai sebentar di sini sambil menanti pukul 10 pagi sebelum turun ke PWTC. Di bawah adalah gambar terpilih yang sempat dirakam semasa kami mengunjungi PBAKL 2011.

Suasana di Karangkraf Mall Gerai Ana Muslim

Korang boleh tengok sendiri betapa ramainya umat manusia yang datang ke sini. Gambar yang diambil ni adalah sekitar pukul 10, maknanya masih awal lagi. Orang semakin ramai apabila waktu berganjak menghampiri tengah hari.

Dr. HM Tuah di PBAKL 2011 Farhan Faiz beraksi

Di pesta buku yang berprestij seperti PBAKL, pastinya ada penulis buku yang turut serta untuk mempromosikan buku masing-masing. Ada juga permainan mudah yang disediakan bagi memeriahkan lagi suasana di PBAKL 2011. Adik saya sendiri ada menyertai permainan book hunt (pelajar sekolah) dan memenangi tempat pertama. Lumayan juga hadiah yang dia dapat tu.

A. Samad Said di PBAKL 2011 Gerai PTS

Sasterawan negara keempat, A. Samad Said turut berada di bilik pameran PTS untuk mempromosikan buku terbarunya. Kalau tak silap, buku tu bertajuk Al-Amin. Beberapa personaliti lain turut ditemui seperti Dr. Lim Swee Tim yang kebetulan pada masa tu tengah mendeklamasikan puisi dalam loghat Kelantan (video ada dirakam, jika berkesempatan akan dikongsi kemudian).

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin di PBAKL 2011 Gerai di PBAKL 2011

beliamuda: Saya noktahkan dulu bahagian kedua untuk disambung di bahagian ketiga nanti. Nak membaca dan bersedia untuk final exam yang akan bermula esok. Doakan saya ya~

11 thoughts on “Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge