Pelangi petang yang muncul selepas hujan

Salam sejahtera buat semua.

Pelangi selepas hujan

Hujan turun lagi lewat petang ini. Panas terik sedari pagi tadi terhapus dek awan gelap yang menitiskan gerimis petang. Kini langit kelihatan merah saga.

Di saat kesibukan mula terasa menghimpit ruang masa, ditambah lagi dengan waktu di penghujung sem yang menghampiri peperiksaan akhir, segalanya dirasakan semakin memberat untuk ditanggung.

Cahaya yang hadir di saat kesusahan ini melanda, sedikit sebanyak menyinari sudut yang dirasakan semakin kelam. Sebentar tadi, satu berita gembira diterima. Moga ianya dapat disahihkan dan menjadi penyeri di saat stress semakin menggila. Harapan…

Pelangi selepas hujan

beliamuda: Kalau sah khabar yang disampaikan, pasti saya akan kongsikan dengan rakan-rakan semua. Jangan bergosip tanpa hujung pangkal…

Comments

7 responses to “Pelangi petang yang muncul selepas hujan”

  1. jackieKOH Avatar

    eh? tinggal kat V5C ke??? [brdasarkn view d atas..haha]

    cantik2..ak x nmpak pon.. haha

    1. beliamuda Avatar

      @jackieKOH, hehe.. salah2, aku tinggal di V5B. Tu view kat tangga yang menghadap jalan kat tengah2 ni.

  2. afiq aiman Avatar

    gosip apakah itu? mcm sesuatu yg gempak je hihi

    1. beliamuda Avatar

      @afiq aiman, hehe. gosip tu dah terbongkar. ada dalam entri terbaru. 🙂

  3. Wan Perlis Avatar

    cantik pelangi

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, pelangi cantik yang mewarnai kehidupan yang rasa macam makin kelam je…

  4. […] khabar gembira yang saya kongsikan dalam entri pelangi petang yang cantik tempoh hari. Masa tu masih belum menerima pengesahan lagi. Tapi semalam semuanya sudah disahkan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge