Category: Lensa Nokia X2-00

  • Pelangi petang yang muncul selepas hujan

    Salam sejahtera buat semua.

    Pelangi selepas hujan

    Hujan turun lagi lewat petang ini. Panas terik sedari pagi tadi terhapus dek awan gelap yang menitiskan gerimis petang. Kini langit kelihatan merah saga.

    Di saat kesibukan mula terasa menghimpit ruang masa, ditambah lagi dengan waktu di penghujung sem yang menghampiri peperiksaan akhir, segalanya dirasakan semakin memberat untuk ditanggung.

    Cahaya yang hadir di saat kesusahan ini melanda, sedikit sebanyak menyinari sudut yang dirasakan semakin kelam. Sebentar tadi, satu berita gembira diterima. Moga ianya dapat disahihkan dan menjadi penyeri di saat stress semakin menggila. Harapan…

    (more…)

  • Tetamu Jauh Datang Ziarah, Terima Kasih Kepada Mereka

    Salam sejahtera buat semua.

    Luqman Hakim Jusoh

    Semasa hujung minggu lalu, beberapa orang rakan dari jauh telah datang bertandang ke Kulim, menziarahi Celesticos Tribe. Seorang dari Terengganu yang datang dengan bas dan empat orang yang lain datang dari KL dengan sebuah kereta.

    Gambar di atas dirakam selepas menjemput rakan kami dari Terengganu, Luqman Hakim di Stesen Bas Kulim dan singgah untuk bersarapan di Kilang Lama. Tempat yang sama saya bersarapan dengan LipanKatKaki.

    (more…)