MRSM Cemerlang SPM 2010: Kedudukan 7 MRSM Terbaik

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Salah satu perkara yang paling ingin diketahui selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 diumumkan ialah kedudukan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi antara peneraju dalam kedudukan teratas keputusan SPM 2010.

Seperti yang dimaklumkan, bagi keputusan SPM 2010, MRSM yang menduduki tempat pertama keputusan SPM 2010 ialah MRSM Pengkalan Chepa dengan Gred Purata Maktab (GPM) 0.83.

Dipaparkan di bawah ialah ranking 7 MRSM terbaik dan GPM masing-masing.

Ranking MRSM 7 Terbaik untuk Keputusan SPM 2010

  1. MRSM Pengkalan Chepa – 0.83
  2. MRSM Tun Ghafar Baba (MRSM Jasin) – 0.91
  3. MRSM Taiping – 0.97
  4. MRSM Langkawi – 1.33
  5. MRSM Kuala Kubu Baharu – 1.68
  6. MRSM Kubang Pasu – 1.73
  7. MRSM Kuala Berang – 1.73

Ranking teratas MRSM ini adalah yang dikategorikan cemerlang dengan GPM di bawah 1.75. Empat kedudukan MRSM teratas didahului oleh MRSM PKP – Program Khas Pengajian. Anda boleh bandingkan dengan kedudukan MRSM untuk keputusan SPM 2009.

 

Ringkasan Keputusan SPM 2010 untuk MRSM

Seramai 1,249 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jumlah ini merangkumi 18.28 peratus daripada keseluruhan 6,833 calon dari 38 MRSM yang menduduki peperiksaan SPM 2010.

Sumber untuk kedudukan selepas MRSM PC dalam keputusan SPM 2010 dipetik daripada BERNAMA.

beliamuda: Tahniah kepada MRSM PC kerana menjadi yang terbaik dalam SPM 2010. Diharapkan, saya dapat berkongsi ranking kesemua MRSM bagi keputusan SPM 2010.

Comments

53 responses to “MRSM Cemerlang SPM 2010: Kedudukan 7 MRSM Terbaik”

  1. samanosuke_04 Avatar

    bangga junior2 MRSM PC.. hahahha! kena usha2 gak junior nie, mane tau ade yg comel2..

    1. beliamuda Avatar

      @samanosuke_04, hehe. nakal eh abang senior ni? 😀

  2. nik Avatar

    bangga sekejap pernah berada di mrsm pengkalan chepa!
    tahniah buat super junior dan cikgu-cikgu!:)

    1. beliamuda Avatar

      @nik, ni batch mana eh?

      1. nik Avatar

        @beliamuda, sampai hati nipi tak kenal~~
        ni nik cqalyubi la~~
        ex homeroom kot~~:(

        1. beliamuda Avatar

          @nik, haha. tak cam la tadi. gambar kecik sangat. err, dah tuannya pun tubuh kecik jugak. 😛

          ps: sori2, baru ingat balik (tu pun lepas pusing2 blog).

  3. Wan Pai Avatar

    bangga2.. 🙂
    Langkawi stil PKP ke??

    1. kakak Avatar
      kakak

      @Wan Pai, x…tp next year dpt balik title tu~

    2. beliamuda Avatar

      @Wan Pai, dah bukan PKP. sejak dua tahun lepas.

      1. jj Avatar

        @beliamuda, kire bagus lah kan. dah bukan pkp. no.4 lagi tuh..
        tahniah.. 1st non-pkp lah ni kan?

        1. Nur Syazana Natasha Avatar
          Nur Syazana Natasha

          @jj, setuju!

          1. Tekalah Avatar

            @Nur Syazana Natasha,
            jangan nak menipu lah… hehehe… Aku tahu la kau plajar terbaik MRSM langkawi… CHEWAHHHH!!!

    3. syu Avatar

      @Wan Pai, mrsm langkawi tahun ni dah pkp…

      1. Ai Avatar
        Ai

        @syu, pra-pkp baru la..
        spm 2012 baru fully pkp 🙂

  4. zureen-chan Avatar

    yeayy mrsm kkb first non-pkp 😀
    congrats to PC too~!

    1. beliamuda Avatar

      @zureen-chan, congrats to KKB too~

    2. Ai Avatar
      Ai

      @zureen-chan, 2nd 4 non-pkp la..
      lgk bkn pkp lg tyme spm 2010 tuh..
      walau pape pown,tahniah!cuz kowg pown mrsm yg baru 🙂
      dpt besaing ngan mrsm laen 🙂

      1. zureen-chan Avatar

        @Ai, wahh baru tau lgkawi bukan pkp dah. hehe. bile pulak kkb nk jd pkp kan??
        thnx 😀 me the first batch mrsmkkb. cewah~

        1. beliamuda Avatar

          @zureen-chan, wuhu. tu dia. First batch MRSM KKB rupanya. Sama tua la KKB dengan Trans eh. Ingatkan KKB ni dah lama… 🙂

  5. kaka1407 Avatar

    tahniah untuk semua pelajar yg berjaya…
    mantap btol bdk2 MRSM ni…

  6. Mohamad Fairosza Avatar

    oh kalau point bawah 1.75 masuk dalam kategori cemerlang ea? oh sekolah saya pon termasuk jugak lah ni…hehe

    1. beliamuda Avatar

      @Mohamad Fairosza, itulah yang dikatakan oleh mereka.

  7. raudhah Avatar
    raudhah

    tahniah.. untuk semua pljr qber…

  8. simkad?? Avatar
    simkad??

    congrate 2 qberiang.. a great improvement!!

  9. noorazah Avatar
    noorazah

    tahniah mrsm kubang pasu… walaupown baru beberapa tahun dah mampu buktikan yg kp boleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge