Salam sejahtera buat semua.
PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.
Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.
Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
-
Kejuruteraan Awam
-
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
-
Kejuruteraan Kimia
-
Kejuruteraan Mekanikal
-
Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
- Petroleum Geosains
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Matematik Tambahan
-
Kimia
-
Fizik
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
-
Teknologi Maklumat & Komunikasi
-
Sistem Maklumat Perniagaan
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
-
Kimia
-
Fizik
-
Biologi
-
Sains
-
Sejarah
-
Geografi
-
Sains Tambahan
-
Matematik Tambahan
-
Asas Perakaunan
-
Ekonomi Asas
-
Perdagangan
-
Prinsip Akaun
-
Teknologi Maklumat
-
Asas Pemprosesan Maklumat
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)
Program Sarjana Muda Kejuruteraan
-
Kejuruteraan Kimia
-
Kejuruteraan Mekanikal
-
Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Sains Gunaan
-
Geologi
-
Geofizik
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Matematik Tambahan
-
Kimia
-
Fizik
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.
Program Sarjana Muda Perakaunan / Perdagangan / Ekonomi / Kewangan
-
Perakaunan
-
Perdagangan
-
Ekonomi
-
Kewangan
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
-
Kimia
-
Fizik
-
Biologi
-
Sains
-
Sejarah
-
Geografi
-
Sains Tambahan
-
Matematik Tambahan
-
Asas Perakaunan
-
Ekonomi Asas
-
Perdagangan
-
Prinsip Akaun
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Syarat Memohon
-
Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
-
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
-
Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
-
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
Cara Memohon
- Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
- Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
- Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
-
Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.
Tarikh tutup
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2010 akan ditutup pada 1 April 2011, jam 5.00 petang.
Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.
Maklumat
- Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.
Pautan: Laman Web UTP dan Permohonan Dalam Talian untuk Lepasan SPM 2009
beliamuda: Untuk pertanyaan berkaitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda boleh ajukan terus kepada saya. Rujuk Mengenai Penulis terlebih dahulu.
cukupkah pinjaman yang akan diberikan oleh mara,ptptn ,misc atau ptptn untuk kos pengajian di utp nanti…sy lepasan spm 2010..xboleh apply biasiswa dapat 8a jer..
@rif, saya penerima pinjaman MARA. setakat ni ok je. kena pandai la uruskan sendiri duit yang diberikan. mmg cukup2 je MARA bagi. Kalau JPA dan MISC pun sama. PTPTN kurang pasti sikit.
@beliamuda, terima kasih bro….
@rif, sama-sama.
salam..saya pelajar tahun akhir di utp.. saya nak mohon scholar petronas saja2 bolh x?
@luqman, wasalam, saja2 adalah haram.
biasiswa petronas bagi lepasan matrikulasi ade x?
@bella, PETRONAS juga ada membuka peluang biasiswa buat lepasan matrikulasi, tetapi buat masa ini, saya rasa tiada sebarang tawaran biasiswa yang dibuka oleh mereka.
apakah lman web bg biasiswa petronas untuk kemasukan ijazah 2011?
@sue, seingat saya, PETRONAS tiada membuat tawaran biasiswa buat masa sekarang, tetapi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sedang membuka permohonan kemasukan.
Salam…
Saya nak tanye.. bila boleh buat permohonan online untuk lepasan SPM 2011 nanti?
@Hazira Syaza, kemungkinan selepas trial SPM, sekitar bulan Nov.
Assalamualaikum,
Mcm mane nak apply utp ni? Biasiswa ni diorang yg panggil ke?
Kalau nk masuk utp ni kita kene isi mcm biase kt lmn web dia kan? Yg biasiswa tu dia pilih time isi nk msk ke ataupon kite kene apply?
@atas pagar, Waalaikumussalam. Mengenai permohonan, boleh rujuk di laman web UTP. Untuk biasiswa, itu bergantung kepada badan yang beri biasiswa. Biasiswa memang kena apply sendiri.