Salam sejahtera buat semua.
PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.
Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.
Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
-
Kejuruteraan Awam
-
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
-
Kejuruteraan Kimia
-
Kejuruteraan Mekanikal
-
Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
- Petroleum Geosains
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Matematik Tambahan
-
Kimia
-
Fizik
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
-
Teknologi Maklumat & Komunikasi
-
Sistem Maklumat Perniagaan
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
-
Kimia
-
Fizik
-
Biologi
-
Sains
-
Sejarah
-
Geografi
-
Sains Tambahan
-
Matematik Tambahan
-
Asas Perakaunan
-
Ekonomi Asas
-
Perdagangan
-
Prinsip Akaun
-
Teknologi Maklumat
-
Asas Pemprosesan Maklumat
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)
Program Sarjana Muda Kejuruteraan
-
Kejuruteraan Kimia
-
Kejuruteraan Mekanikal
-
Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Sains Gunaan
-
Geologi
-
Geofizik
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Matematik Tambahan
-
Kimia
-
Fizik
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.
Program Sarjana Muda Perakaunan / Perdagangan / Ekonomi / Kewangan
-
Perakaunan
-
Perdagangan
-
Ekonomi
-
Kewangan
Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
-
Kimia
-
Fizik
-
Biologi
-
Sains
-
Sejarah
-
Geografi
-
Sains Tambahan
-
Matematik Tambahan
-
Asas Perakaunan
-
Ekonomi Asas
-
Perdagangan
-
Prinsip Akaun
DAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Syarat Memohon
-
Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
-
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
-
Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
-
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
Cara Memohon
- Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
- Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
- Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
-
Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.
Tarikh tutup
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2010 akan ditutup pada 1 April 2011, jam 5.00 petang.
Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.
Maklumat
- Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.
Pautan: Laman Web UTP dan Permohonan Dalam Talian untuk Lepasan SPM 2009
beliamuda: Untuk pertanyaan berkaitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda boleh ajukan terus kepada saya. Rujuk Mengenai Penulis terlebih dahulu.
Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #4 | beliamuda {dot} com
hai, saya bru habis asasi sains d UiTM. kalau saya nak apply biasiswa dr petronas ke, jpa or mara ke, possible ke? ke utk budak2 lepasan spm je? kalu boleh apply, nila tawaran dibuka eh? thanks!
@ernie, kesemuanya bolehm, tapi ada saluran yang tersendiri. Untuk Petronas, bukan melalui pautan yang diberikan di atas sebab itu untuk lepasan SPM. Untuk JPA dalam negara, biasanya dibuka sekitar Julai/Ogos. Untuk MARA, kurang pasti, tapi ada permohonan online.
erk..9A..wahh..ketat gak ekk..
saya ingin bertanya, saya ada memohon biasiswa petronas. bilakah semakan temuduga mengenainya akan dibuat?
brapE Org pElajar yg akn dpt biasiswa petronas stiap tahun??
@ayna zeck, bergantung kepada kouta semasa. rasanya tiada jumlah yang tetap.
Pagi,
Bagaimana saya nak rujuk mengetahui sama ada saya berjaya dipanggil untuk temuguga? Saya memohon Program Penajaan Pendidikan Petronas Pelajar Cemerlang Sabah SPM 2010 secara manual semasa Taklimat Permohonan di Hotel Sandakan, Sabah pada 31 Mac 2011, bukan secara online. Borang sudah lengkap diisi dan disemak oleh penceramah bahawa tiada kesilapan. Tapi sekarang semakan perlu kata laluan untuk login, maka saya tak dapat login dan semak. Harap pihak tuan dapat membantu saya dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.
@Liew Zi Heng, Maaf, setahu saya, permohonan hanya ada secara online. tak tahu pulak ada secara offline. anda tak boleh merujuk kepada pihak berkenaan semasa mendaftar tu ke?
salam,,
saya ad masalah dengan permohonan saya,,
borang pemohonan saya mengenai maklumat ibu saya salah,,
saya ingin pembetul an tetapi x bley,,
apa yang harus saya lakukan sekarang,,
adakah kesilapan saya ini akan membatalkan pemohonan saya…
@Nurul khairunisa binti Anuar, boleh diperbetulkan apabila permohonan anda berjaya nanti. saya jangka anda tidak sengaja membuat kesilapan tersebut.
bile senarai semakan nama temuduga akan dikeluarkan dan dibuat…
good luck to all of you
@azhar, to you too~
sy dpt ke educamp utp sebagai calon persendirian,sebenarnya sy faham bahawa biasiswa petronas akan diberikan selepas berjaya di educamp 25hb april ni,,,jd sy tersilap dan sy tak smpat mohon biasiswa petronas…jadi,boleh tak jika saya buat rayuan biasiswa petronas dan bagaimana
@den, rasanya tak boleh buat rayuan biasiswa PETRONAS. tapi ada pelunang untuk minta pinjaman MARA, JPA, MISC atau PTPTN serta lain-lain lagi.