Tarikh Semakan dan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Buat adik-adik pelajar lepasan SPM 2010 yang masih tertanya-tanya bilakah proses semakan dan kemaskini permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 boleh dilakukan, pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pemberitahuan berkenaan hal ini.

Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda untuk mengelakkan masalah keciciran semasa membuat proses semakan dan kemaskini nanti.

Semakan dan Kemaskini Permohona Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemas kini borang permohonan mulai pada 21 Februari 2011 hingga 6 Mac 2011.

Hanya pelajar SPM 2010 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet atau borang manual pada tahun lepas diminta untuk mengemas kini maklumat tambahan melalui laman sesawang Semakan Permohonan Matrikulasi (akan dibuka seperti tarikh di atas).

Maklumat Tambahan

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

beliamuda: Adakah sekolah anda tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi 2011?

Comments

78 responses to “Tarikh Semakan dan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012”

  1. […] yang dimaklumkan dalam entri tarikh semakan dan kemaskini matrikulasi 2011, semakan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesi […]

  2. NURAINI Avatar
    NURAINI

    MAAF…SAYA NK TANYA…JIKA KITA TIDAK MELAKUKAN KEMASKINI UNTOK PERMOHONAN KOLEJ MATRIKULASI..ADAKAH RAYUAN KITA AKAN DITOLAK???CONTOH JIKA KITA MOHON UNTUK PROGRAM SAINS,TETAPI KEPUTUSAN KITA BERPIHAK PADA PROGRAM PERAKAUNAN…TETAPI TIDAK DIKEMASKINI KAN..RAYUAN MASIH DITERIMA???JIKA ADA CARA UNTUK MENGEMASKINI PERMOHONAN..SILA INFORM KAN…TERIMA KASIH…

    1. beliamuda Avatar

      @NURAINI, permohonan tidak akan ditolak jika anda tidak membuat kemaskini.

  3. […] yang dimaklumkan dalam entri tarikh semakan dan kemaskini matrikulasi 2011, semakan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesi […]

  4. Atiqah Avatar
    Atiqah

    salam..
    saya sudah menerima tawaran dari matrikulasi.tetapi saya kurang pasti mengenai borang-borang yang harus dibawa semasa pendaftaran seperti borang maklumat M-I-S pelajar,borang pengesahan penglibatan kokurikulum,borang maklumat kesihatan pelajar dan borang kad pelajar/matrik.Saya kurang pasti bagaimana hendak mendapatkan borang-borang tersebut.Adakah melalui pos atau internet?

  5. hadrey ali Avatar
    hadrey ali

    salam.
    nk tye. msal kate kite amek matrik. tup2 dpat la plak. tpi dlm mse yg sme kite da pegi t4 pgjian laen. klaw mcm 2 kite wjb ke tgglkn pegajian yg sdg djlankan skrg pas 2 msk matrik? kne tndakan ke kalau tolak twrn 2?

    1. beliamuda Avatar

      @hadrey ali, tiada apa2 tindakan kalau tolak matrik. Saya pernah buat masa tahun 2007.

  6. ika Avatar
    ika

    salam , saya nak tanyaa . kalau password hilang cmna ekk?

  7. emylia bii Avatar
    emylia bii

    blh tnya tak???
    bila boleh isi borang ???
    tuk yg tahun nie punya?

    1. beliamuda Avatar

      @emylia bii, Untuk tahun ini punya. Maksud anda untuk lepasan SPM 2011 atau 2012?

  8. elfere Avatar
    elfere

    knpa x dpt masuk link utk kemaskini maklumat tambahan?? x apa ke kalau x sempat or lupa nak isi?

    1. beliamuda Avatar

      @elfere, Kemaskini hanya untuk memastikan maklumat yang diberi adalah terkini. Jika ada sebarang masalah berkaitan urusan kemaskini, boleh berurusan terus dengan pihak bahagian Matrik, KPM.

  9. Yvonne Avatar
    Yvonne

    Saya telah memohon utk program matriks 2012/2013 tetapi saya x sempat membuat kemaskini yang dibuka mulai 6 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012. Adakah permohonan saya ditolak?

    1. beliamuda Avatar

      @Yvonne, Tidak. Kemaskini itu memberi peluang kepada pemohon untuk membetulkan kesilapan dalam maklumat permohonan sahaja.

  10. melatisukma Avatar
    melatisukma

    mcm mana erk,kalau kertas yang ada nombor siri tu hilang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge