Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Menurut sumber berita yang diperoleh daripada Berita Terkini TV3, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada 21 Februari ini (Isnin).

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM <JARAK><NO. KAD PENGENALAN> dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM (keputusan STPM 2010 secara online) di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan STPM 2010 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November sehingga 16 Disember 2010 yang lalu. Daripada jumlah itu, 47,369 orang merupakan calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

beliamuda: Ini bermakna, tarikh keputusan SPM 2010 juga semakin hampir. Selamat berjaya kepada semua pelajar.

Comments

25 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2010”

  1. syahrilhafiz Avatar

    kiranya SPM hampir dekat la tuh..
    semoga pencapaian exam tahun ni meningkat lagi

    1. beliamuda Avatar

      @syahrilhafiz, insyaALLAH, mungkin ada peningkatan lagi dalam tahun ni.

      1. hafiza Avatar
        hafiza

        @beliamuda, insyaallah.smua akan lulus dgn cemerlang

        1. beliamuda Avatar

          @hafiza, amin.

    2. Aiyiem Avatar
      Aiyiem

      @syahrilhafiz, amin…..gud luck k…

  2. Aiyiem Avatar
    Aiyiem

    HUh…tak sabar rasanya mau tau kptusan STPM…rasa takut pun da gak…..bercampur baur…huhu….harap2 dapat all principal..amin….Gud luck u guys 4 your STPM result on monday 21 Feb.11…

  3. Aiyiem Avatar
    Aiyiem

    aku x pernah dapat 4 principal dalam ujian semester…ade jer salah 1 yg gagal…harap2, STPM 2010 adalah kptusan yg paling terbaik utk aku n semua org….

    1. beliamuda Avatar

      @Aiyiem, semoga anda dapat yang terbaik.

  4. neerza Avatar
    neerza

    kalau sms tu,wktu pg bleh tak? x snggup nk tnggu lma2 ni..nervouuuusss~~

    1. beliamuda Avatar

      @neerza, boleh sahaja cuba. Mana tahu kalau dah dibuka. 🙂

  5. wan Avatar
    wan

    Weh seram rasenyer…rsult da nk kuar,wlaupn skang aku da msOk SPA..tpi aku hrapkn kputusan aku terbaek n berbalas dgn segala usaha yg tlah aku lakukan..

  6. wan Avatar
    wan

    Jadi kwn2..pakat2lah kita berdOa agar rsult STPM kita gmpak n cmrlang..haha

  7. decker Avatar
    decker

    takut ak….berdebar2!!!!!!!!!!!!

  8. Muhammad Fadil Avatar
    Muhammad Fadil

    Tak sabar campur takut nak dapat result stpm

  9. mizs pinkberry Avatar
    mizs pinkberry

    spm plak bile kluar??dngr khbr 23.02..yke??nerv0usnye..2 stpm cndidte:hope get da rsult with flying c0lours..gdluck..

  10. adier Avatar

    harap-harap pningkatan lg yg berlaku dalam stpm tahun 2010..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge