Senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia 2011

Salam sejahtera buat semua.

duit kaya

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2011 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM45.78b
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM12.74b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.89b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b
  10. Ong Beng Seng (HPL) RM3.98b

Apabila membandingkan senarai orang yang terkaya di Malaysia tahun lalu, tidak terdapat banyak perubahan kedudukan kecuali pertukaran di tempat ketiga, keempat dan ke-10.

Terdapat peningkatan dalam kesemua jumlah aset kekayaan yang dimiliki oleh setiap individu di atas dan peningkatan paling ketara adalah pada aset Tan Sri T. Ananda Krishnan (2010 – RM27b) disebabkan peningkatan penilaian Maxis dan langkah beliau mejadikan persendirian tiga syarikat tersenarainya.

Tempat ke-11 dan 12 masing-masing diikuti oleh Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Januari, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

Terdapat tiga muka baharu dalam senarai, dengan dua nama pertama kali dalam senarai iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Berita dipetik daripada BERNAMA

beliamuda: Tak pernah dengar pun nama Ong Bee Seng (Ong Beng Seng rupa-rupanya) tu. Ada maklumat untuk dikongsi bersama?

Comments

22 responses to “Senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia 2011”

  1. TenangSudey Avatar

    Nasib baik ade gak melayu dalam top10… sedih je.. semuanya cina dan india.. mane org melayu kita..

    1. lalatok Avatar

      bkn xde…ade yg lebey kaye dr atas2 tu haaa..cume lari dr Income tax je..tu yg xtsenarai..apepu,mmg bangsa lain yg mendahului kite…tdak dnafikan….

  2. Wan Perlis Avatar

    bik mama la yg plg kaya.aset tersembunyi sapa yg tau

    1. broFami Avatar

      @Wan Perlis, haha bik mama ..? xleh blah dowh

    2. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, hehe. bik mama tak payah sebut la sebab harta tersembunyi tu payah nak kira. 😛

      1. Wan Perlis Avatar

        @beliamuda, bik mama skali shopping dah abis 2juta

        1. beliamuda Avatar

          @Wan Perlis, fuyyo. Banyak betul. Tu la kalau dah asyik shopping kat tempat cam Dubai je, mmg la habis banyak.

  3. […] info kepada Beliamuda & juga Majalah Malaysian Business : Malaysia’s 40 richest people Tweet Posted by […]

  4. Nizam Avatar

    alhamdulillah… ada juga orang kita top 10 tu…
    harap lagi ramai jutawan kita di masa akan datang

    1. beliamuda Avatar

      @Nizam, Dalam senarai 40 tu, ada lagi orang kita, cuma jumlah kekayaan tidak sebanyak yang dipunyai oleh 10 teratas. Memang jauh beza.

  5. ahmad razib Avatar
    ahmad razib

    mcmanala melayu nak ada kat situ… dah sikap melayu tu sendiri, bila ajak bisness.. jawabnya, bersyukur dgn apa yg ada…

    1. Bunga Qiara Avatar
      Bunga Qiara

      @ahmad razib,
      betul 2..org melayu ramai yg berfikiran mcm 2..,sedar la dlm azan pun meyebut hayalafalah..mari lah menuju kejayaan..mane ada dia sebut hayala syukur..betul x..,kita mmg perlu bersyukur..tpi usaha 2 lg baik..d

  6. Nina Elyas Avatar
    Nina Elyas

    Pembetulan… Bukan Ong Bee Seng tetapi Ong Beng Seng.

    Ong Beng Seng ini bermastautin di Singapura.
    Antara tycon yang terkenal di Singapura.

    1. beliamuda Avatar

      @Nina Elyas, Terima kasih di atas info anda. Sangat menghargainya. 🙂

  7. gatsu Avatar
    gatsu

    ni leh ketuanan melayu.. melayu jadi tuan, melayu duduk bawah

  8. resturesort Avatar

    tahun hadapan ramai lg lah orang melayu hendaknya..

    1. beliamuda Avatar

      @resturesort, harapan kena datang dengan usaha.

  9. Pisyek Avatar

    Ong Beng Seng tu jutawan senyap.. hehe…

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, hehe. ok, mungkin sebab tu tak pernah dengar. 😛

  10. Nas Avatar

    Pape pon kalau nak tgk senarai lengkap 40 Individu Terkaya Malaysia boleh tgk kat blok aku..boleh kn admin?

    1. beliamuda Avatar

      @Nas, silakan aja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge