Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011

Salam sejahtera buat semua.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 23 buah sekolah tersebut, 11 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dua sekolah menengah harian biasa, lapan Sekolah Kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:

  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  15. SK Convent Muar, Johor
  16. SK Seri Biram, Pahang
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu
  21. SK Jalan Tiga, Selangor
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

Rujuk di sini untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010 dan Sekolah Amanah 2011.

Maklumat daripada BERNAMA

beliamuda: Sebelum ni ramai pelajar dan bekas pelajar yang tidak berpuas hati apabila sekolah mereka tidak disenaraikan sebagai SBT kerana mereka merasakan sekolah mereka layak. Jadi, adakah sekolah anda sudah tersenarai untuk SBT 2011?

Comments

32 responses to “Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011”

  1. Hawa Avatar

    Tuan Belia Muda,

    Sekolah sy belom tersenarai dalam list ni. Sekolan tuan Belia dah masuk ke?

    Tadi dengar kat radio IKIM pasal Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak. Sekolah ni hebat kan murid ada 30 je, cikgu ada 11 orang…tapi tersenarai…ho..ho..ho..

    Jom join GA akak.

    1. beliamuda Avatar

      @Hawa, Sekolah saya takkan tersenarai dalam ni kot (kecuali sek rendah) sebab saya bersekolah di MRSM.

      SK Ulu Lubai tu ada banyak tu je eh student. Patut la dapat 100% lulus UPSR. Tapi sebagai sekolah pedalaman pertama yang dapat SBT, pasti usaha guru2 nya juga bukan sembarangan.

      1. nur farhani Avatar
        nur farhani

        @beliamuda, sekolah sy sempat jd calon jep…tp x berjaya lagi untuk tersenarai

  2. Haz Avatar

    Yea..sekolah saya masuk…

    1. beliamuda Avatar

      @Haz, Alhamdulillah. Sekarang masih di sana lagi atau bekas pelajar?

      1. Haz Avatar

        @beliamuda,bekas pelajar..

  3. harianblog Avatar

    wah..sekolah saya pun tersenarai la hihi

    1. beliamuda Avatar

      @harianblog, sekolah mana tu? 🙂

      1. harianblog Avatar

        @beliamuda, integrasi kubang pasu

  4. aizuddin Avatar

    sekolah aku tak masuk list lagi..hehe

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, ada lagi 57 sekolah sebelum sampai target nak cukup 100 SBT. Ada peluang lagi tu. 🙂

  5. yazid Avatar
    yazid

    mne saser?

  6. […] Adakah sekolah anda tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi 2011? innity_pub = "59c33016884a62116be975a9bb8257e3"; innity_cat = "MALAY"; innity_zone = "7639"; […]

  7. Siti_Sheikh Avatar
    Siti_Sheikh

    sekolah adik den tersenarai jugak

  8. pelik Avatar
    pelik

    sm sains seremban (SASER )sudah lebih 5 tahun menjadi sekolah terbaik SBP dan no 1 dalam SPM. dan tahun lepas diangkat sekolah terbaik SPM peringkat kebangsaan.mengatasi banyak lagi SBP yang tersenarai dalam SBT.

    dah 5 tahun terbaik dan no 1 pon stil ltak dapat SBT. pelik. nak kata kokurikulum lemah. team ragbi main international tournament. sekolah pegi vietnam . indonesia. pelik!

    1. azian Avatar
      azian

      @pelik, Saya juga pelik. Adakah ketelusan berlaku dalam pemilihan SBT? Saya hairan kerana ada Pengetua sekolah yang begitu yakin akan diangkat jadi SBT semasa awal Januari 2011 lagi. Infact waktu Nov/Dis 2010 Pengetua dan guru-gurunya begitu yakin. Bagaimana mereka tahgu sedangkan pengumuman dibuat pada 17 Feb 2011? Memang pelik kan, pelik?

      1. hairan Avatar
        hairan

        @azian, memang pelik..sedang SASER dipandang tinggi dalam klgn pelajar2 sbp sendiri,tmasuk skolah saya yg masuk snarai tahun ni.btw,memang pentadbir dimaklum mllalui surat lbih awal sblm pengumuman rasmi,malahan pelajar2 skolah terlibat pun ada yang sudah dmaklum awal,tapi yg dah tahu masa bulan nov/dis tu mungkin agak2 je tu,nasib baik dapat. 🙂

  9. azian Avatar
    azian

    Salah satu syarat utk diangkat jadi SBT – sekolah mesti telah melahirkan tokoh. Ada sekolah yang dalam senarai tu – murid batch pertamanya belum keluar universiti lagi. Saya tahu kerana anak saya first batch sekolah tersebut sekarang ni baru tahun 2 di universiti. Bagaimana ni??? Harap tidak ada ketidakadilan dalam pemilihan untuk SBT.

  10. syuhada Avatar
    syuhada

    alhamdulillah akhirnya sekolah SMS Tengku Muhammad faris petra tersenarai sebagai SBT. dgn berkat usaha guru2 dan pelajar2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge