Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UTP 2011

Buat julung kalinya, Forum Perdana Hal Ehwal Islam bakal diadakan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Forum Perdana ini akan diadakan pada malam 17 Februari 2011 (Khamis) dengan dua siri forum, siaran langsung dan siaran rakaman. Bagi siaran langsung yang akan ditayangkan pada 10 malam, tajuk forum ialah “Kisah Al Amin”. Siaran rakaman pula akan bermula lebih awal pada pukul 8 malam dengan tajuk “Isu Palestin”. Kedua-duanya akan diadakan di Dewan Canselor UTP. Boleh rujuk poster untuk barisan ahli panel.

Banyak lagi aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang 17-19 Februari 2011, antaranya ialah siaran langsung solat Jumaat daripada masjid An-Nur UTP (18 Februari), rakaman program Ta’alim, seminar IPT, rakaman Persada Jurnal dan Halal Fest (sepanjang tiga hari tersebut).

beliamuda: Bagi pelajar UTP tu, haruslah datang ke CH beramai-ramai malam tu. Bagi yang berada di sekitar UTP, jom serbu CH sekali!

Comments

7 responses to “Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UTP”

  1. […] This post was mentioned on Twitter by mohd firhan jasni, Muhammad Hanifi. Muhammad Hanifi said: Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UTP http://kelantanbloggers.com/read/11825 […]

  2. aizuddin Avatar

    best ni dapat tengok live 😀

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, harap2 dapat tengok la.

  3. amalina binti anuar Avatar

    alamak kat perlis la time tu.
    xdpt nk join forum perdana.

    1. beliamuda Avatar

      @amalina binti anuar, takpe2, tonton kat TV1. Jangan lupa. 🙂

      ps: yang di sini pun tak pasti dapat hadir ke tak. Macam ada sesuatu je kena buat malam tu.

  4. penaberkala Avatar

    jom boh gi skali malam ni
    ajok kawe skali tuh

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, boh, malam ni ada miting la pukul 9 tu. Maybe lepas miting baru gerak ke CH. Tu pun kalau miting habis awal2. Harap2 la… huhu~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge