Salam sejahtera buat semua.

Menyusul selepas Keputusan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011, pihak MARA akhirnya mengeluarkan semakan keputusan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi persekolahan tahun 2010. Semak lebih lanjut di bawah.
Para pelajar yang telah menduduki PMR tahun 2010 serta ada memohon memasuki Tingkatan 4 untuk pengambilan tahun 2011 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh menyemak keputusan kemasukan ke MRSM mereka secara dalam talian mulai 21 Januari 2011.
Semakan Permohonan ke MRSM Tingkatan 4
Semakan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan MyKad pemohon.
Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 4 MRSM 2011. (Pautan rasmi untuk semakan dan cetakan borang berkaitan)
Sila gunakan pautan semakan ini untuk membuat semakan sahaja (alternatif).
Rayuan Permohonan ke MRSM Tingkatan 4
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja menyemak keputusan kemasukan ke MRSM. Jika didapati tiada pautan rayuan disediakan, rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada pihak MARA.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
Maklumat Bantuan
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.
beliamuda: Maklumat berkenaan rayuan akan dikemaskini kemudian. Merujuk kepada tahun lalu, tiada rayuan secara dalam talian disediakan.
Leave a Reply