Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Pengambilan 2011

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Para pelajar yang telah menduduki UPSR tahun 2010 serta ada memohon memasuki Tingkatan 1 untuk pengambilan tahun 2011 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh menyemak keputusan kemasukan ke MRSM mereka secara dalam talian mulai 21 Januari 2011.

 

Semakan Permohonan ke MRSM Tingkatan 1

Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2011. (Pautan rasmi untuk semakan dan cetakan borang berkaitan)

Sila gunakan pautan semakan ini untuk membuat semakan sahaja (alternatif).

 

Rayuan Permohonan ke MRSM Tingkatan 1

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.  Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja menyemak keputusan kemasukan ke MRSM. Jika didapati tiada pautan rayuan disediakan, rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada pihak MARA.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

 

Maklumat Bantuan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

 

beliamuda: Maklumat berkenaan rayuan akan dikemaskini kemudian. Merujuk kepada tahun lalu, tiada rayuan secara dalam talian disediakan.

Comments

67 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Pengambilan 2011”

  1. mizs yara Avatar
    mizs yara

    hAI kEMbAlI..thank you sngt2 kat hafiz sbb mmbntu..akhrnya spupu sya dpt jgk msk kat mrsm..alhmdlillh..thankz hafiz..

  2. TOKZALI Avatar

    Syukran jazzilan.

    Alhamdulillah anak saya berjaya menjadi salah seorang ahli keluarga MRSM/MARA Pontian.Sya ucapakn setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat. Allah swt sahaja yang membalas jasa tuan dan puan….doa saya semoga tuan/puan sentiasa dalam peliharaan Allah swt dan dipermudahkan dalam segala urusan didunia dan diakhirat. Aaminnnnn.

    1. beliamuda Avatar

      @TOKZALI, Alhamdulillah.

  3. Nadia Avatar
    Nadia

    salam..saya nk tanya,masa 1st day saya buka untuk checkkan permohonan anak saudara saya,link untuk buat rayuan disediakan..tp hari ini bila saya nak buat rayuan,tgk tak ada link rayuan..macam mana eh?

  4. FATIN AIN HUDA Avatar
    FATIN AIN HUDA

    salam,kalau nak buat rayuan surat,pastu nak antar surat tu kat alamat mane?

  5. FATIN AIN HUDA Avatar
    FATIN AIN HUDA

    minta tolong lah jwb pertanyaan saya itu…

  6. NURAIDA NAZURAH ZAINOL Avatar

    SAYA NAK TENGOK NAMA NAMA PELAJAR FORM 1 YANG DAPAT MRSM.

    1. beliamuda Avatar

      @NURAIDA NAZURAH ZAINOL, tidak ada.

  7. Puan Lin Avatar
    Puan Lin

    Alhamdulillah, anak saya diterima ke MRSM Pasir Salak, Perak. Mendaftar 7 February 2011 ni. Semoga dia tabah dan sabar menghadapi hari-hari menimba ilmu berjauhan dari keluarga. Dan semoga Allah Taala melindungi dia sentiasa…aminnnn

  8. wan nurathirah Avatar

    hampa….tiap2 hari semak ttp jwpn sama…x berjaya wlaupun dah htr surat rayuan..

  9. abang m Avatar
    abang m

    Tahniah blog anda menjadi pilihan ramai pengguna unuk menyemak keputusan SBP dan MRSm berbanding dgn laman web mara sendiri yang susah dicapai

    1. beliamuda Avatar

      @abang m, tapi laman tersebut yang patut lebih mudah dicapai sebab mereka menyediakan servis tersebut.

  10. basharah Avatar
    basharah

    anak saya kecewa yang amat sangat x dapat mrsm..dari darjah satu bertungkus lumus belajar dapat 5a,aktif sukan dan kokurikulum…sekarang di sekolah biasa sahaja….semangat belajar pun dah turun tgk kwn2 lain dapat mrsm

    1. beliamuda Avatar

      @basharah, beri semangat kepada dia untuk cuba lagi bagi kemasukan Tingkatan 4.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge