Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Pengambilan 2011

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Para pelajar yang telah menduduki UPSR tahun 2010 serta ada memohon memasuki Tingkatan 1 untuk pengambilan tahun 2011 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh menyemak keputusan kemasukan ke MRSM mereka secara dalam talian mulai 21 Januari 2011.

 

Semakan Permohonan ke MRSM Tingkatan 1

Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2011. (Pautan rasmi untuk semakan dan cetakan borang berkaitan)

Sila gunakan pautan semakan ini untuk membuat semakan sahaja (alternatif).

 

Rayuan Permohonan ke MRSM Tingkatan 1

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.  Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja menyemak keputusan kemasukan ke MRSM. Jika didapati tiada pautan rayuan disediakan, rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada pihak MARA.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

 

Maklumat Bantuan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

 

beliamuda: Maklumat berkenaan rayuan akan dikemaskini kemudian. Merujuk kepada tahun lalu, tiada rayuan secara dalam talian disediakan.

67 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Pengambilan 2011

  1. pe mslh ni,,,,,,,
    sush nk tgk dpt kt mne,,ye adik2ku yg dh dpt syukur
    tp nk kne tw gk kt mne lakosi tu,,,,
    preparation lg….tlg kmskini blek web ni
    dh carca merba dh ni…

  2. syukur alhamdulillah anak saya telah terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar di MRSM ALOR GAJAH. Masaalahnya sekarang mcmmana nak print semua dokumen2 yg berkaitan….dh lebih dr seribu kali mecuba tapi tetap hampa…TOLONG la

  3. salam….
    ni apesal la web mara ni ssh sgt nk accessss…..???aku siap dh on off pc ni berjuta kali tp still x dpt access gak….. mcm mana nk tau dpt ke idak ni….???

  4. bila boleh print surat tawaran tu sume?????dah petang ni………kata petang ni dah boleh. dah cuba banyak kali tapi masih xboleh ….apa kena ni:(

  5. Hai smua..cousin sya pun ada isi brang scara on9..cma cousin sya bingung..bila cousin sya dah isi 2 angka glirn dn hntr jwpan yg kluar ialah processing error..adakah ianya brmksd prmohonan cousin sya x dtrima??

  6. yang x dapat merayu nak jugak…yang dah dapat pun nak merayu jugak….nak yg dekat…pergi dulu macamana boleh ke tidak…rasa2nya kalau tinggal kat semenanjung dia x hntar sabah serawak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge