It’s Jumuah dan Oley!!

Salam sejahtera buat semua.

Bob Lokman dan Matluthfi90

Tiba lagi kita di hari Jumaat yang penuh kerahmatan ini. Walaupun tanpa kelas pada hari ini, kesibukan sentiasa akan mengiringi kehidupan seharian walaupun kelapangan selalu diwujudkan dengan alasan malas untuk berbuat sesuatu tugasan yang ada. Yang penting, tuntutan Fardhu Kifayah agar menunaikan solat Jumaat haruslah dipenuhi dengan baik.

Rakan seperjuangan dan saya masih lagi cuba untuk bernafas dalam kesibukan terutama selepas persembahan poster yang tamat semalam dan berita mengenai dissertation projek yang perlu dihantar pada hari Isnin minggu depan. Masing-masing mula bimbang akan waktu yang semakin suntuk dan sesetengah daripada kami ada yang perlu menempuh Structured Interview (SI) dengan PETRONAS pada hari Isnin tersebut.

Continue reading

Jom Terbang Ke New Zealand Dengan AirAsiaX

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, dapat cuti penuh pada hari Jumaat yang sepatutnya bekerja tapi masih dapat gaji separuh hari. Kalau Supervisor (SV) pun dah bagi kebenaran untuk cuti, giranglah hati menyambut. Semalam pun hanya buat kerja pada sebelah pagi je.

Dapat cuti tambahan sekali bersambung dengan cuti hujung minggu ni rasa macam panjang je cuti. Nak gi jalan kat mana eh? Petang ni dah rancang nak pusing ke kawasan Serdang-Selama (sempadan Kedah-Perak). Pemandu pelancong pun dah sedia untuk berkhidmat. 🙂

Continue reading