Keputusan UPSR 2010

Salam sejahtera buat semua.

cemerlang upsr 2010

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang dinanti-nantikan oleh pelajar Tahun Enam dan para tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negara telah pun diumumkan.

Analisa keputusan UPSR 2010 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Katanya, seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Keputusan UPSR tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

Rujuk lagi berita berkenaan pengumuman keputusan UPSR 2010 melalui pautan di bawah:

Pelbagai ragam dapat dilihat semasa keputusan UPSR 2010 diumumkan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Ada yang melompat kegembiraan, ada yang menangis kerana terlalu gembira, dan ada juga menangis kerana tidak mendapat keputusan yang diinginkan.

Berlalunya UPSR, menandakan berlalunya zaman sekolah rendah. Tiba masa untuk adik-adik bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah. Masih ada peluang untuk memperbaiki keputusan bagi yang tidak berjaya dan mengekalkan prestasi cemerlang untuk peringkat pembelajaran yang seterusnya.

beliamuda: Masa dapat keputusan UPSR dulu (tahun 2001), memang rasa gembira sangat. Minggu ni, kenangan kelas 6 Merah (6M), Sekolah Kebangsaan Jelawat dibuka semula di Facebook!

Comments

21 responses to “Keputusan UPSR 2010”

  1. Pisyek Avatar

    aku dulu dapat 4A je… tahniah kepada diri sendiri… hehe… 🙂

  2. amalin binti anuar Avatar

    congrate kepada yg mendpt 5A…
    yg lain pon bgus juga..
    A xda beri apa2 makna pon.

  3. SIM Avatar
    SIM

    Tarikh UPSR 2011?

    1. shahira Avatar
      shahira

      @SIM 24 november

  4. sharifah nur ashierah Avatar
    sharifah nur ashierah

    tahniah kepada diri saya kerana dapat memperoleh 5A dalam UPSR dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperoleh 5A dalam UPSR tahun nie…

    1. bong Avatar
      bong

      @sharifah nur ashierah, promote2…

    2. shahira Avatar
      shahira

      tahniah juga drpkm

  5. t3ngku_dam!a Avatar
    t3ngku_dam!a

    taniah kepada pljr yg dpt 5a

    1. wan luqman Avatar

      sye dpt 5a…..tapi bnyk kwn2 sye yg x bg tau depa dpt bape..kecian sye

  6. aiman Avatar
    aiman

    aku dapat 5A!!!
    best nyer..
    kawan aku pon ramai dapat 5A
    4A pon ramai
    best nyer tengok cikgu gembire

  7. azlina Avatar

    saya dpt 5A…
    thanks to my teacher
    n congrate 2 my friends to whom got 5As too
    ahrr……..

  8. […] lebih sebulan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 diumumkan kepada pelajar darjah enam yang telah pun mengakhiri zaman sekolah rendah, Kementerian […]

  9. lady power Avatar
    lady power

    alamak! tak best nyer kalw dpat 3B 2C. Benci nyer! tapi tak pe lah! asal kan lulus…… 🙁

  10. awie Avatar

    aku dpat 5A 10jqka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge