Salam sejahtera buat semua.

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), tempat aku melanjutkan pelajaran dalam kursus Kejuruteraan Kimia. Sebelum aku memilih untuk masuk ke sana, rasanya aku sendiri tidak pernah tahu dan kenal akan UTP. Siapa lagi di luar sana yang tidak kenal UTP?
UTP, berada di lokasi bekas lombong di Tronoh atau lebih enak jika dikatakan berada di dalam kawasan Bandar Seri Iskandar (nak letak Toronto pun boleh saja). Boleh dikatakan kawasan ni agak panas dan sem lepas antara waktu yang aku rasakan paling panas sepanjang aku berada di sana.
Sem ni aku tinggalkan UTP tercinta, bukan kerana dibuang atau telah habis pengajian di sana, tetapi sedang berpraktikal di bumi Kulim Hi-Tech. Banyak isu semasa di sana yang tidak sempat aku ikuti. Minggu lepas baru sahaja berlalu Pilihan Raya Kampus (PRK). Tahniah kepada rakan sejurusan, Hamzah yang berjaya memenangi kerusi umum. Gua suspek lu akan jadi Presiden MPP. ![]()
Benda biasa yang akan ditanya kepada seorang pelajar yang praktikal; “Hang daripada U mana?”. Ni soalan akak-akak operator la. Aku biasanya jawab UTP atau kadangkala bagi nama penuh.
Nak tahu kenapa? Sebab orang tak pernah tahu pun akan kewujudan UTP ni. Siap ada lagi yang cakap, “UTP tu tak terkenal pun kan?”. Gua angguk separuh je la. Gua tahu dia tak tahu dan gua tahu yang memang UTP ni memang tak ramai pun yang kenal. 50-50 la.
Korporat Video Terbaru Universiti Teknologi PETRONAS
Tetapi keadaan berubah menjadi semakin baik hari ini. Semuanya atas inisiatif sesetengah pihak yang kreatif membantu mengurangkan beban untuk mempromosikan UTP. Modal yang sedikit, tetapi impak yang maksima!
Hari ini hampir seantaro Malaya mula kenal dengan UTP. Terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia yang dengan ekslusif menyebut nama UTP dalam rencana terbitan mereka. Terima kasih sangat-sangat.
Sekarang aku tanya balik, siapa lagi yang masih tidak kenal UTP? Pastinya lebih ramai yang kenal UTP berbanding sebelum Utusan Malaysia mempopularkan Uni of Toronto ini! ^_^
beliamuda: Dah lama rasanya pelajar di sini panggil Tronoh sebagai Toronto.
Leave a Reply