Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 (Fasa 1)

Salam sejahtera buat semua.

[Jom sertai Pelajar SPM 2010 di FB]

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 (Fasa 1) akan mula dibuka mulai 1 November sehingga 31 Disember 2010.

Bagi tempoh Fasa 1, pelajar dikehendaki untuk membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 November sehingga 30 November 2010. Adalah diingatkan bahawa pembelian nombor unik ID untuk tempoh ini adalah secara pukal sahaja iaitu melalui pihak sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja. Harga bagi setiap nombor unik ID ialah RM10.60.

Untuk pembelian secara individu, calon berminat boleh membuat pembelian mulai 10 Januari 2011 sehingga 4 April 2011 melalui melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking, juga pada harga RM10.60.

Salinan kad pengenalan perlu dikemukakan bagi proses pembelian nombor unik ID. Adalah diingatkan bahawa nombor unik ID yang dibeli ada SULIT. Nombor unik ID ini WAJIB digunakan untuk proses permohonan semasa Fasa 2 mulai 10 Januari 2011.

Proses pendaftaran maklumat permohonan bagi Fasa 1 akan dibuka daripada 1 November sehingga 31 Disember 2010. Sila semak di http://upu.mohe.gov.my untuk maklumat lanjut.

beliamuda: Maklumat lain mengenai permohonan ke IPTA akan meyusul dalam entri mendatang. Sila langgan blog ini terus ke emel anda bagi membolehkan anda memudahkan anda.

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

105 responses to “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 (Fasa 1)”

  1. lia Avatar
    lia

    boleh ke beli no pin 2 kali(kad pengenalan sama)
    coz dah beli tapi hilang…………………….

    tolong jawab yang ariff………

  2. lia Avatar
    lia

    n kalau beli yang baru,dia akn bagi nombor unik id sama mcm yg sbelum nye ke?

    ala………jawab la..urgent neh..hukhuk:((

    1. beliamuda Avatar

      @lia, kalau anda beli baru, berkemungkinan bukan unik ID yang sama…

  3. abdul salim Avatar
    abdul salim

    bagaimanakah kita boleh membuat semakan adakah saya sudah memohon untuk fasa 1 atau belum?sebab saya pun da lupa…

    1. beliamuda Avatar

      @abdul salim, bagi yang dah mendaftar Fasa 1, maklumat telah sedia ada untuk Fasa 2.

  4. lia Avatar
    lia

    ok..trimas..nk try beli la..

    1. beliamuda Avatar

      @lia, sila2.

    2. siti Avatar
      siti

      @lia, boleh ke beli no.id buat kali kedua?saya pun hilang jugak.tq

  5. ONE Avatar
    ONE

    salam… sy ad msalah dgn borng kmsukan upu. sy dah isi brang u 3kali kmaskini, ttpi sy ingn adjust lagi krana trslap isi plihan u. sdangkn limit untuk kmaskini hnya 3 kali. mcm mne nk buat? adkh beli nmbr pin bru n isi brang u smle?

    1. beliamuda Avatar

      @ONE, wasalam. better tanya pihak yang urus UPU terus.

  6. komathy Avatar
    komathy

    Once SPM result dh keluar terus pi apply 4 upu/ ipta ke??

    1. beliamuda Avatar

      @komathy, sekarang dah boleh apply.

  7. lia Avatar
    lia

    @siti…sy dah beli..boleh je..

  8. nabil~ Avatar
    nabil~

    @lia, saya pon hadapai masalah yang samaaaa

  9. nabil~ Avatar
    nabil~

    salamm~ saya menghadapi isuuu kehilangan no pin upu~
    boleh ke beli lagi sekalii???? pleasee anyone??

    1. Muhammad Amirull bin Abd Hamid Avatar
      Muhammad Amirull bin Abd Hamid

      @nabil~, bley je….tade masalah…..pegi je bank….cakap no pin da ilang……

    2. beliamuda Avatar

      @nabil~, boleh.

  10. Muhammad Amirull bin Abd Hamid Avatar
    Muhammad Amirull bin Abd Hamid

    emmm……saya tak isi borang fasa 1 lagi….. tp fasa 2 isi…..cmne…….?????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge