Tag: nombor unik ID

  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 (Fasa 1)

    Salam sejahtera buat semua.

    [Jom sertai Pelajar SPM 2010 di FB]

    Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 (Fasa 1) akan mula dibuka mulai 1 November sehingga 31 Disember 2010.

    Bagi tempoh Fasa 1, pelajar dikehendaki untuk membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 November sehingga 30 November 2010. Adalah diingatkan bahawa pembelian nombor unik ID untuk tempoh ini adalah secara pukal sahaja iaitu melalui pihak sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja. Harga bagi setiap nombor unik ID ialah RM10.60.

    (more…)