Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 (Fasa 1)

Salam sejahtera buat semua.

[Jom sertai Pelajar SPM 2010 di FB]

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 (Fasa 1) akan mula dibuka mulai 1 November sehingga 31 Disember 2010.

Bagi tempoh Fasa 1, pelajar dikehendaki untuk membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 November sehingga 30 November 2010. Adalah diingatkan bahawa pembelian nombor unik ID untuk tempoh ini adalah secara pukal sahaja iaitu melalui pihak sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja. Harga bagi setiap nombor unik ID ialah RM10.60.

Untuk pembelian secara individu, calon berminat boleh membuat pembelian mulai 10 Januari 2011 sehingga 4 April 2011 melalui melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking, juga pada harga RM10.60.

Salinan kad pengenalan perlu dikemukakan bagi proses pembelian nombor unik ID. Adalah diingatkan bahawa nombor unik ID yang dibeli ada SULIT. Nombor unik ID ini WAJIB digunakan untuk proses permohonan semasa Fasa 2 mulai 10 Januari 2011.

Proses pendaftaran maklumat permohonan bagi Fasa 1 akan dibuka daripada 1 November sehingga 31 Disember 2010. Sila semak di http://upu.mohe.gov.my untuk maklumat lanjut.

beliamuda: Maklumat lain mengenai permohonan ke IPTA akan meyusul dalam entri mendatang. Sila langgan blog ini terus ke emel anda bagi membolehkan anda memudahkan anda.

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

105 responses to “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 (Fasa 1)”

  1. amalina binti anuar Avatar

    spm pon tak mula lgi dah kuar dah borang pendaftaran untuk upu.

    1. nurul nor ashikin binti adzmi Avatar

      @amalina binti anuar,yke rajin2 bljar la ye..hmm spm dh kluar lma taun 2008 yg lpas..bru skrg nk online…ha pning tp tringn sgt2..

  2. nurul Avatar
    nurul

    kalo nak beli scara individu 10hb?? so mksudnye fasa 1 xpayah isi ke? terus isi fasa 2? -_-“

    1. beliamuda Avatar

      @nurul, sepatutnya macam tu la. Fasa 1 ni untuk pelajar SPM tahun ni.

  3. nini Avatar
    nini

    salam, budak yg tgh menuntut kt matriks blh ke isi Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 (Fasa 1)?? thanks 4 ur respon. 😀

    1. beliamuda Avatar

      @nini, fasa 1 ni hanya untuk pelajar yang bakal ambil SPM tahun ni. Pembelian pin fasa 1 hanya melalui pihak sekolah.

      1. muaz Avatar
        muaz

        @beliamuda, sendirik pown leh gak..

  4. ajiek Avatar
    ajiek

    salam ..
    saya nak tanya , adakah pmbelian pin fasa 1(1 Nov-30 Nov) hanya boleh dibeli melalui pihak sekolah sahaja ? boleh tak dibeli secara individu ?

  5. mai Avatar
    mai

    no pin upu stam sme nga spm jgk ke??
    apa beza calon yg isi upu fasa 1 dgn yg isi upu fasa 2??adkh calon fasa 1 didahulukan?? thanks 4 ur respon…

  6. bibi Avatar
    bibi

    kalau saya tahun ni baru ambil SPM sekarang mau daftar ke atau lepas result keluar baru daftar????

  7. ana Avatar
    ana

    pembelian fasa 1 anak saya kena reject.apa nak buat ye..adakah kena tunggu fasa 2

    1. sarah Avatar
      sarah

      @ana, fasa kedua yang penting..
      so,beli no.pin yg fasa kedua tu…

  8. amalyna Avatar

    bestttttttttttttt

  9. Myazara Avatar
    Myazara

    Betul ke kemasukan utk sesi 2011 ni pada 3 n 4 september spti dalam tarikh pntg web upu tu??semua universiti pun kmsukan 3 n 4 sept..tak terlalu lama ke tu?

    1. zura Avatar
      zura

      @Myazara, adik..akak skung nga blajar dekat u. btol 2 permulaan sem akan bermula pada september.. student yg baru masuk dan juga student lame.. ini adalah arahan kerJAAn kite sbb dorng nak selaraskan cuti sem malaysia dan juga cuti sem bg plajar malaysia yg belajar di oversea. tq

      1. muaz Avatar
        muaz

        @zura, tpi knape kt website upu xbrubah pown tarikh?

    2. steffie93 Avatar
      steffie93

      @Myazara, kemasukan ipta
      untuk lepasan spm 1 june 2011
      bg program ijazah pertma pla 3 & 4 sept 2011
      bukan begitu ker? xpasti. cuma dengar2 je

  10. mel Avatar
    mel

    sya pljar spm thun nie tp sya x sempat bli kod pin fasa 1..ada kh sya mc berpluang untk isi borang ke upu?

    1. sarah Avatar
      sarah

      @mel, fasa kedua yang penting…beli no.pin upu fasa kedua,ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge