Salam sejahtera buat semua.

Siapa kat sini pernah guna LimeWire, sila angguk kepala. Buat sesiapa yang tidak tahu, LimeWire adalah sebuah laman yang menyediakan perkhidmatan perkongsian fail peer-to-peer (komputer dengan komputer).
Kini, LimeWire telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) setelah kalah dalam tuntutan hak cipta dengan industri muzik AS.
Saya sempat menggunakan LimeWire secara aktif sekitar tahun 2006-2007. Bagi pengguna biasa, cara perkongsian fail peer-to-peer adalah berisiko kerana masalah virus, fail palsu dan pornografi (paling signifikan dengan LimeWire).
beliamuda: Punya la semangat guna LimeWire suatu masa dahulu sampai ke tahap nak alih bahasa LimeWire kepada Bahasa Melayu.
Leave a Reply