Laman LimeWire Diarahkan Tutup

Salam sejahtera buat semua.

limewire shutdown

Siapa kat sini pernah guna LimeWire, sila angguk kepala. Buat sesiapa yang tidak tahu, LimeWire adalah sebuah laman yang menyediakan perkhidmatan perkongsian fail peer-to-peer (komputer dengan komputer).

Kini, LimeWire telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) setelah kalah dalam tuntutan hak cipta dengan industri muzik AS.

Saya sempat menggunakan LimeWire secara aktif sekitar tahun 2006-2007. Bagi pengguna biasa, cara perkongsian fail peer-to-peer adalah berisiko kerana masalah virus, fail palsu dan pornografi (paling signifikan dengan LimeWire).

beliamuda: Punya la semangat guna LimeWire suatu masa dahulu sampai ke tahap nak alih bahasa LimeWire kepada Bahasa Melayu.

Comments

19 responses to “Laman LimeWire Diarahkan Tutup”

  1. ikin Avatar

    terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Saya tahu tentang LimeWire sebab sepupu saya rajin guna..~ tak kisah sangat pun dengan LimeWire 😀

  2. Wan Avatar

    baik guna download biasa ja dari limewire ni
    aku mmg x suka ares,bearshare dan apa2 berkaitan
    mmg tak selamat

    1. beliamuda Avatar

      @Wan, banyak lagi software seangkatan dengan limewire ni. tapi limewire yang paling awal dan femes.

  3. landax suparman Avatar

    wah!!!aku slalo gune natang ni!!!

    1. beliamuda Avatar

      @landax suparman, masa untuk beralih kepada alternatif lain.

  4. MM Avatar

    limewire ni lembab sesangat, suka guna ares

  5. Anarm Avatar

    elok sangat la tu ditutup.. limewire ni punca banyak komputer dijangkiti virus..

    1. beliamuda Avatar

      @Anarm, dan juga banyak benda2 ‘kotor’ disebarkan.. 😀

  6. x-po Avatar

    dulu mmg selalu guna limewire dan ares

    1. fahmi ibrahim Avatar

      @x-po, Dlu memang suka guna p2p tp sekarang ni banyak dah direct download tak perlu lagi p2p.

      1. beliamuda Avatar

        @fahmi ibrahim, betul, sekarang ni direct download dah banyak. tapi dulu tak macam ni, sebab tu wujudnya software2 ni…

    2. beliamuda Avatar

      @x-po, ares tak pernah guna….

  7. hazwan17 Avatar

    dlu 1st2 time blaja download gune internet gune mende alah ni lah…
    tp skrg dah tak gune
    lagipun byk virus boleh masuk

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan17, nasib baik sepanjang aku guna tak pernah kena virus.

  8. aizuddin Avatar

    masa dulu tak tau guna tenet..guna limewire je senang..sekarang dah tak pandang dah..

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, hehe.. lebih kurang la kite…

  9. Azizwan Avatar

    apa menatang limewire ni? hahahaa.. nampak sangat tak pernah guna 😛

    1. beliamuda Avatar

      @Azizwan, limewire ni software. dengan software ni, user share apa-apa sahaja yang mereka mau dan orang lain boleh sedut daripada user tu.

  10. msbmna Avatar

    Pernah guna untuk muat turun rom Pokemon untuk emulator GBA. Lepas muncul 4Shared, Rapidshare terus tak pandang. Hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge