Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam sejahtera buat semua.

Kelanta vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2010

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan sudah habis separuh masa pertama. Kelantan ketinggalan satu gol disebabkan sepakan penalti yang diambil oleh Shahurain sekitar minit-13.

Penalti dianugerahkan kepada Negeri Sembilan disebabkan oleh kekasaran yang dilakukan oleh penjaga gol Kelantan di dalam kotak penalti. Penalti pertama Negeri Sembilan dibatalkan, namun sepakan penalti kedua juga berjaya menembusi gawang Kelantan.

Setakat ni kelihatannya permainan Negeri Sembilan jauh lebih kemas, namun Kelantan dilihat semakin mengasak semasa perlawanan menghampiri wisel penamat separuh masa pertama. Apapun, nantikan permainan di separuh masa kedua. Gomo Kelate Gomo!

Keputusan Separuh Masa Pertama: Kelantan 0 – Negeri Sembilan 1

*****

Keputusan penuh Piala Malaysia 2010: Kelantan 2 – Negeri Sembilan 1

Berlalu sudah perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan sebentar tadi. Para peminat pasukan Kelantan pastinya bersorak gembira dengan kemenangan pada pusingan Final Piala Malaysia kali ini.

Pada Final Piala Malaysia tahun lalu, Negeri Sembilan telah menumpaskan Kelantan dengan gol 3 – 1, namun hari ini pasukan Kelantan berjaya menidakkan banyak ramalan awal yang berpihak kepada Negeri Sembilan.

Kelantan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan gol 2 – 1. Kemenangan ini sangat bermakna apabila Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah berjaya dibawa pulang oleh Kelantan sebagai pasukan ke-14 mengjulang Piala Malaysia.

Dua gol Kelantan hadir pada minit-56 (Hairuddin Omar) dan minit-64 (Badri Radzi).

Kelantan pernah sampai ke pusingan akhir Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1970 dan 2009, namun kalah di tangan lawan masing-masing iaitu Perak dan Negeri Sembilan.

beliamuda: Masih lagi terkilan denga sikap penyokong Kelantan yang membaling botol ke dalam kawasan padang dan membakar mercun.

Comments

31 responses to “Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan”

  1. amalina binti anuar Avatar

    congrate kepada kelantan kerana menang piala malaysia.

    1. beliamuda Avatar

      @amalina binti anuar, yeah! Kelantan menang akhirnya!

      1. amalina binti anuar Avatar

        @beliamuda, suka tu yer.. negeri dia menang.

        1. beliamuda Avatar

          @amalina binti anuar, mesti la suka. kali pertama dapat julang Piala Malaysia.

          1. amalina binti anuar Avatar

            @beliamuda, tu la pasal nyer. 1st time kan dpt juara piala malysia nie..

            erm dgr nye sok kelantan cuti..

          2. beliamuda Avatar

            @amalina binti anuar, rasanya memang dah sah Kelantan cuti hari ni. Khamis ni cuti lagi. ^_^

  2. Pisyek Avatar

    walaupun kawe ni ore besut, tapi kawe tupe berbanggo lah denge sek-sek kelate nih… hehe…

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, sek besut pun dekat jah ngan kelate. hehe.. ^_^

  3. aminbaek Avatar

    tahniah kelantan…den sokong nogori td..men da nice da..skali aidil injured,hancur defend..huhuh

    tp kecewa gak,kalah,bling botol,mercun,menang pun cmtu gak..

    ble tgk side n9 nye fan,bersih je nmpk tanpa botol…bila lah nk jd penonton yg profesional..epl,xde lak fan cmtu..even man u kalah..hahahaha

    tapi stil meriah..

    1. beliamuda Avatar

      @aminbaek, yeah, bila Aidil keluar je, baru dapat tembus. 2nd half baru kemas sikit main tadi.

      Aku pun kecewa tadi tengok fan kelantan. memang nampak bersih je belah N9 tu. T_T

      harap2 berubah la untuk masa depan.

      1. aminbaek Avatar

        @beliamuda, tp hairuddin omar gak best…menang 2 piala malaysia in a row with different teams..hahaha

  4. shaharil Avatar

    Akhirnya Kelate berjaya menewaskan nogori.

    1. beliamuda Avatar

      @shaharil, yeah, akhirnya. dan buat kali pertama!

  5. donnyien Avatar

    tahniah kelantan..

  6. farhanfaiz Avatar
    farhanfaiz

    tepat prediction aku pi!

    1. beliamuda Avatar

      @farhanfaiz, sedak doh wik! nasib baik dok sepak TV jah semale!

  7. hazwan Avatar

    sek ganu wat gol tu haha

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, untuk Kelantan jua!

  8. qlatesokmo Avatar

    walau xleh tgok live @ stadium
    terasa bahang sapa kat kampus ni

    klate meme biso! banggo jadi rakyatnya
    ALHAMDULILLaH

  9. […] tiga gol dalam perlawanan akhir semalam, maka terhasil keputusan final Piala Malaysia 2010, Kelantan 2 – Negeri Sembilan 1. Kredit video kepada […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge