Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan Tingkatan Empat tahun 2011.

Syarat-syarat Kelayakan Kemasukan ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat-syarat Memohon Kemasukan ke MRSM Secara Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Info Tambahan

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.

Comments

68 responses to “Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011”

  1. ajiq ct Avatar
    ajiq ct

    HELP MEEEEEEEEEEEEEEEEEE………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    bagaimana nak mohn mrsm n sbp?????????????

    1. nurul nadia Avatar
      nurul nadia

      @ajiq ct, SBP dah tutup la . MRSM tarikh tutup dia 21.10.10 ni .

  2. nurul nadia Avatar
    nurul nadia

    amiera , keputusan trial mmg tak campur dengan kerja kursus la 🙂

    1. sayuti Avatar

      @nurul nadia, klu pmr cmpr ke kerje kursus??????????????

  3. sayuti Avatar

    semekom nk tnye nie”klu percubaan x la cemerlang sngt blh ke mohon mrsm????????????????

    1. beliamuda Avatar

      @sayuti, bleh je try mohon. lagipun, keputusan PMR sebenar yang diambil kira.

  4. shasha Avatar
    shasha

    dokumen ape yg perlu dsertakan??

    1. beliamuda Avatar

      @shasha, seperti yang telah dinyatakan dalam borang (untuk pengesahan, seperti IC dan berkaitan) serta sijil-sijil. Lebih baik merujuk kepada panduan yang disediakan untuk lebih lanjut.

  5. shasha Avatar
    shasha

    @beliamuda, dekat mana nk rujuk? msih smpat lgi ke?

    1. beliamuda Avatar

      @shasha, semua dokumen perlu dihantar sebelum esok.

  6. shasha Avatar
    shasha

    @beliamuda, boleh tlg bgtau dokumen ape yg perlu sertakn? saya cari x jumpa

  7. aQbHaa . . . Avatar
    aQbHaa . . .

    huhuhu . . . tarikh permohonan telah ditutup . . xDe cara laen kew?! plz help . . i really want to study at mrsm . .

    1. beliamuda Avatar

      @aQbHaa . . ., dah takde…

  8. ummu haisya Avatar

    assalammualaikum
    permohonan masuk ke mrsm telah ditutup
    tiada lagi penerimaan/
    saya harap sangat-sangat
    segala kerjasama pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih
    harap permohonan saya dapat diterima
    seorang sahaja
    wassalam.

  9. eiyka ayrien Avatar
    eiyka ayrien

    adoih………. cMnEr nk ms0p mRsM ny?? borang ryuAn nk ambyk kt mnEw Eak?? tlg laA…………

  10. eiyka ayrien Avatar
    eiyka ayrien

    asSaLaMuLaikUm..
    cmnEr sye nk buat rayuan eak??
    adEw x boRng ryuan nk ms0p mrsm sCra 0nliNe…
    tlg laA…… syE nk sngT ms0p mRsM ny….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge