Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan Tingkatan Empat tahun 2011.

Syarat-syarat Kelayakan Kemasukan ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat-syarat Memohon Kemasukan ke MRSM Secara Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Info Tambahan

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.

Comments

68 responses to “Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011”

  1. nurul farieza Avatar
    nurul farieza

    mcm mane nk isi borang masuk MRSM ekh??

    1. Nurjenna Avatar
      Nurjenna

      @nurul farieza,
      sila rujuk di eputra.com di sana lebih lengkap sebab maklumat di atas dicopy bulat2 dari sana

  2. amiera idzalia Avatar
    amiera idzalia

    nk mh0n mrsm tp result trial xbt0l(xkre gn mrkh keje kursus cm student len)so its mean result myra xlyak..nk wt mcm mne ni???

    1. Alya Avatar
      Alya

      @amiera idzalia,

      kputusan trial sy x kre ngan mrkah kerja kursus gk. setahu sy, semua cm tu..

      1. nurul nadia Avatar
        nurul nadia

        @Alya, keputusan trial mmg tak campur dengan kerja kursus la 🙂

        it’s okay . dia surely tgok PMR sebenar and trial as second reference 🙂

  3. afinin Avatar
    afinin

    boleh x, minta tolong macam mna nak masuk maktab tentera…ada kemasukan second intim x…

    1. Nurjenna Avatar
      Nurjenna

      @afinin,
      Dukacita tarikh tutup MTD adalah hari ini, blh rujuk di http://www.rmc.edu.my/mtd/index.php?option=content&task=view&id=147&Itemid=43

  4. Izzatie Musa Avatar
    Izzatie Musa

    “Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di …”

    dokumen lain ape yg diperlukan? terima kasih 🙂

    1. nurul nadia Avatar
      nurul nadia

      @Izzatie Musa, nnti , bila awak dah isi borang , and dah print , dia akan bagi list apa yang perlu disertakan sekali 🙂

      1. Izzatie Musa Avatar
        Izzatie Musa

        @nurul nadia, terima kasih 🙂

  5. mira Avatar
    mira

    hurm… sains percubaan saia dpt b je…
    ad hrpn ta na msok ni??

  6. nurul atika Avatar

    mcm x de keyakinan je dpt msk mrsm….tapi still akn isi borang…hehehe

  7. muhammad Avatar
    muhammad

    assalamualaikum…
    adkh pljr dr skolah maahad bwh naungan yik blh msk MRSM???

    1. beliamuda Avatar

      @muhammad, boleh je.

  8. ezzatie Avatar
    ezzatie

    i) nak tanya, sy pelajar bwah YIK
    tp nk msuk MRSM..
    result trial xbrapa ok…la
    agak2 blh msuk ke?

    ii) borang ambik kt eputra jugak ke?

    hrp respon dgn cpt dan jelas

    1. beliamuda Avatar

      @ezzatie, maaf lewat.

      i) boleh cuba, tapi mungkin payah.

      ii) borang ambil dengan MARA la, kenapa nak ambil dengan eputra?

  9. fatien Avatar

    salam,,,nak tnye kmasukan ke mrsm nie ikut trial or pmr sbnar???
    coz npe tarikh tutup nyer cpat cngt,,,
    sblowm dpt result plak uwh,,,

    1. beliamuda Avatar

      @fatien, tarikh tutup permohonan memang cepat. sebaik sahaja keputusan PMR diumumkan, diorang akan terus mulakan proses pemilihan. Kemasukan pertama biasanya pada sekitar hujung Feb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge