Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2010/2011

Salam sejahtera untuk semua.

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); kecuali UPSI dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semester November/ Disember Sesi 2009/ 2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011) dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011:

syarat akademik biasiswa JPA

2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

  • Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) dengan CGPA 3.50.

BIDANG TAJAAN

bidang tajaan JPA

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus seperti yang dinyatakan dalam perenggan Syarat Khusus (Kelayakan Akademik).

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. (Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  3. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu jabatan/agensi.
  4. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  6. Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  7. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Rujuk Jadual Kadar Biasiswa untuk lebih lanjut.

Kadar yuran pengajian peringkat Ijazah adalah untuk semua IPTA kecuali UiTM. Kadar yuran pengajian bagi UiTM peringkat Ijazah adalah sama seperti peringkat Diploma, iaitu sebanyak RM400.00, manakala yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  • Perubatan / Pergigian – 10 tahun
  • Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
  • Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
  • Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
  • Pengurusan / Sastera – 4 tahun
  • Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Rujuk Jadual Tempoh Kontrak dan Amaun Ganti Rugi.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari portal eSila atau terus ke laman permohonan.
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan.
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses.
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan biasiswa JPA ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui portal JPA dan portal eSila 30 hari selepas tarikh tutup permohonan.

beliamuda: Sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar bagi biasiswa JPA. Faham2 je la kenapa…

Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

101 responses to “Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2010/2011”

  1. babywhite Avatar

    nak tnye..npe kne bukak internet explorer. tak paham -_-“

    1. beliamuda Avatar

      @babywhite, besenya laman web ni tak suppor FF dan Chrome to certain extent.

  2. ms all Avatar
    ms all

    sedihnya..trkh ttp 16.7…mknanya bdk2 yg rayuan x ble la apply biasiswa nie ye…pointer sy 3.61…tp x dpt u…tgh tggu rayuan…next week mgkn bru kuar result…x sempatla….mak ai…betuahla nasib…huhuhuu

    1. beliamuda Avatar

      @ms all, takpe. Boleh apply nanti tahun depan. Buat masa ni, ambil dulu PTPTN.

      1. lyda Avatar
        lyda

        @beliamuda, kalo apply thn dpn 2…boleh guna pointer diploma juga ke??

  3. LOI Avatar

    salam,kekadang aku nk mrh gak ngan diorg ni,wktu aku apply biasiswa piln/pidn tu ari jwpnnya tk dpt,pas tu kuar agi srh mohon,skrg ni aku bljr kat kolej unikop(program diploma sains usaha sama ngan uitm)difhmkan klu amik diploma secara usahaama tk blh apply plak dah..ingat ape?aku bertungkus-lumus dptkan spm 9a.skrg aku rasa hampa sngt!..seolah-olah keptsn yg aku dpt tk beerti..skrg ni aku trpksa pakai duit mak bapak aku utk truskan cita2 aku nk mnjadi doktor..aku tetap ingat apa diorg buat kat aku..tk pe..god tk prnh tido dan slalu melihat apa yang diorg buat..hu..hu..hu..

  4. amylia Avatar

    salam..sy tlh memohon biasiswa JPA ni.tp masalahnya sy blm hntr lg dokumen2 spt keputusan peperiksaan & lain2. adakah sy msh blh menghntr dokumen2 ini selagi kptusan prmohonan blm diumumkan?

    1. nafri Avatar
      nafri

      @amylia, sabar la ye..nasib kita hmpir serupa…
      sy dh dua kali mohon sama je jawapan…mmg x dapat…try la mintak biasiswa len..
      result tu mmgdh elok..spatut nye awk dapat..

    2. tik tok Avatar
      tik tok

      @amylia,
      sbnrnye ley jek trus hntr wlwpon dh ttup trkh,,,,,
      sbb sya pon x dpt nk hntr sblum trkh ttup….
      sya call phk jpa & phk diorg kte msh dibuka 1 minggu….
      so nsht sya…ape2 mslh mcm ni trus cntc phk jpa….
      ALHAMDULILLAH…wlwpon sya lewat…. sya dpt biasiswa ini….:)

  5. fiQ.. Avatar
    fiQ..

    Saya lepasan pelajar matrikulasi 2009/2010.. Saya telah memohon biasiswa JPA dan telah mengeposkan dokumen2 yang yang berkaitan ke bahagian biasiswa JPA.. Tetapi,saya hanya dapat menghantar salinan
    transkrip SEMENTARA matrikulasi memandangkan transkrip AKADEMIK SEBENAR saya belum saya perolehi lagi.. Adakah permohonan saya akan dibatalkan???

    1. beliamuda Avatar

      @fiQ.., tiada masalah rasanya.

  6. fiQ.. Avatar
    fiQ..

    beliamuda pasti ker??? saya sangat mengharapkan biasiswa jpa ni..

    1. beliamuda Avatar

      @fiQ.., pasti pasal apa ni?

  7. fiQ.. Avatar
    fiQ..

    bkaitan dgn trnskrip matrikulasi sy tu..takde mslh ker??

    1. beliamuda Avatar

      @fiQ.., takde masalah. jadi, macam mana dengan semakan?

  8. […] pertanyaan daripada pengunjung blog ini berkenaan tarikh pengumuman keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010, di bawah dinyatakan tarikh keputusan permohonan […]

  9. siti zulkifli Avatar
    siti zulkifli

    untuk biasiswa ijazah dlm negara ni,ada x rayuan?..

    1. beliamuda Avatar

      @siti zulkifli, biasanya ada, tapi yang kali ini tak pasti lagi macam mana.

  10. fiQ.. Avatar
    fiQ..

    sye dptle…syukur…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge