Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2010/2011

Salam sejahtera untuk semua.

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); kecuali UPSI dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semester November/ Disember Sesi 2009/ 2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011) dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011:

syarat akademik biasiswa JPA

2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

  • Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) dengan CGPA 3.50.

BIDANG TAJAAN

bidang tajaan JPA

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus seperti yang dinyatakan dalam perenggan Syarat Khusus (Kelayakan Akademik).

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. (Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  3. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu jabatan/agensi.
  4. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  6. Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  7. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Rujuk Jadual Kadar Biasiswa untuk lebih lanjut.

Kadar yuran pengajian peringkat Ijazah adalah untuk semua IPTA kecuali UiTM. Kadar yuran pengajian bagi UiTM peringkat Ijazah adalah sama seperti peringkat Diploma, iaitu sebanyak RM400.00, manakala yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  • Perubatan / Pergigian – 10 tahun
  • Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
  • Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
  • Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
  • Pengurusan / Sastera – 4 tahun
  • Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Rujuk Jadual Tempoh Kontrak dan Amaun Ganti Rugi.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari portal eSila atau terus ke laman permohonan.
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan.
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses.
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan biasiswa JPA ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui portal JPA dan portal eSila 30 hari selepas tarikh tutup permohonan.

beliamuda: Sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar bagi biasiswa JPA. Faham2 je la kenapa…

Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

101 responses to “Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2010/2011”

  1. Wan Perlis Avatar

    tggu apa lagi cepat rembat

  2. Anas Avatar
    Anas

    pelajar diploma pun memohon pada laman yang sama juga ke? maksud saya laman yang telah anda link kn tersebut…

    1. beliamuda Avatar

      @Anas, yup, sama sahaja.

  3. […] Terbaru – Biasiswa JPA Dalam Negara Sesi 2010/2011 […]

  4. Jamal Rafaie Avatar

    Masa diploma dulu tak minta pulak.. Dulu tak ambik tau pun pasal biasiswa ni.. Thanks atas info..

  5. matin Avatar

    surat tawaran saya hilang ntah mana ntah, carik ta jumpa, laptop pon da 2-3 kali format, desktop lama da juai pdah, bak kata mmg tadak la surat tawaran masuk ipta tu, buleh or tidak untuk saya mohon, (gamak, mohon tobat buleh but the chance for me to get the scholarship is normal, slim to non or non??)

    1. beliamuda Avatar

      @matin, anda mohon je dulu. untuk surat tawaran tu, rasanya boleh pohon untuk dapatkan semula salinan.

  6. naw1074 Avatar
    naw1074

    Tak tau la…Sebelum ni ‘kejar” untuk biasiswa USM ‘APEX’ yang dicanangkan..pulun abis ngan MATRIK(4.00) dan SPM(9A).Tetapi Selepas lapur diri pd 3/7/10 dan diberitahu hanya SAINS TULEN sahaja dibagi(4D) jurusan lain pohon sendiri (JPA) kej.kimia tak dapat la kalu cam ni..terpaksa berdikari

    1. beliamuda Avatar

      @naw1074, tidak rugi untuk pohon sendiri. ada rezeki, dapatlah.

  7. ira Avatar
    ira

    salam. sy nk meemohon biasiswa ni gune result cgpa thn 1.sy akan akn masuk thn 2 sem 3 pd mggu hdpn. masa nk isi bhgn akademik, thn pengajian dan semester yg perlu dimasukkn yg mane satu?
    tahun 1 sem 2 atau tahun 2 sem 3?

    1. beliamuda Avatar

      @ira, isi tahun pengajian semasa.

  8. samiha Avatar
    samiha

    salam , saya dah mohon biasiswa ni . Cuma saya nak tau , adakah saya perlu hantar apa2 surat bukti yg boleh gantikan slip gaji sbb ayah sy bkerja sendiri . Sy dimaklumkan kena htr result spm,surat twaran ipta,slip gaji dan jgk slip pmohonan biasiswa ni lpas dah isi borg online tu.

    1. beliamuda Avatar

      @samiha, kalau tiada slip gaji (sebab kerja sendiri, rasanya penyata cukai pun boleh). Untuk kepastian, boleh tanya terus pihak JPA.

  9. amylia Avatar

    salam..sy nak tanya kalau skrg ni sy berada dlm tahun kedua semester 4.adakah sy msh blh memohon biasiswa ini?

    1. beliamuda Avatar

      @amylia, boleh.

  10. naim Avatar
    naim

    nk tny..sy dpt elaun lebih kurg 5.5k…pastu elaun alat tulis,elaun buku tu sume..termasuk skali ke dlm 5,5k tu?pastu elaun sara idup tu menda lak?8k/7k tu?

    -saudara pening..hahahaha-

    1. naim Avatar
      naim

      @naim, tmbh sket..pastu,cmne nak apply elaun alat tlis tu?(kalo xskali dlm 5.5k tu la)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge