Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Terbaru: Permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 untuk pelajar SPM 2011!

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 (calon SPM 2010) sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2010. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

  • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B Matematik
  • C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E Matematik Tambahan
  • C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • B Matematik
  • C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
  • E Kimia

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah  pada 10 Oktober 2010.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2011 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2011. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2011. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan berserta kemaskini berkenaan Matrikulasi Sesi 2011/2012, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

93 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012”

  1. anna Avatar

    salam….
    maksud pilihan kolej tu mcam mana???
    ada pilihan 1,2,3….

    1. beliamuda Avatar

      @anna, pilih mana-mana kolej matrikulasi yang ada di Malaysia ni, mengikut susunan.

      1. anna Avatar
        anna

        @beliamuda,

        sya nak check semula permohonan tu tapi xlepas la….

  2. aisyah Avatar
    aisyah

    kata tutup permohonan 30nov,tp bru 29nov sy xley online pun..ape cer?

  3. eyn Avatar
    eyn

    p’mhnan yg dh dbuat dpt ditukar blik x ? mksd sya, tkar blik p’akaunan pg ke teknikal ..

  4. julia Avatar
    julia

    la…matrik dah tutup ka????cptnya…lg pon result keluar blan 3..xboley ka buka balik..hehehe

  5. Nulia Avatar

    salam … bila kita boleh kemaskini permohonan kita ? kenapa perlu kemaskini ?

  6. Nisa Avatar
    Nisa

    Hey, nak tanya. Kalau hilang id bsn tu mcm mana eh? Sbb nak apply for ipta pula.

  7. amir Avatar
    amir

    tarikh kemasukan matrikh ble ek?? 2011/2012

  8. Nurul Nadia Avatar

    1. Jurusan Sains (M001)

    •C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
    •B Matematik
    •C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

    salam,kelayakan minimum akademik bagi jurusan sains,ada dinyatakan di atas mengenai gred c… tapi gred c+(upper credit ) atau c biasa(credit)…just nak pastikan ni..c yang mana satu ek?? 🙂

    1. lut Avatar

      @Nurul Nadia, C je..tapi biasanya diorang akan pilih result yg atas dari tuh..:)

    2. beliamuda Avatar

      @Nurul Nadia, rasanya sudah jelas adalah C biasa.

  9. bdk spm Avatar

    asal PMI nyer link masih x leh gune??! sampai bile nk kemaskini?! hantar kat aduan rakyat kang!

    1. beliamuda Avatar

      @bdk spm, kemaskini masih belum dibuka sampai sekarang.

  10. affina Avatar
    affina

    bla bolh kemaskini permohoan ke matrikulasi lepasan spm 2010 sesi akademik 2011/2012??

    1. muaz Avatar
      muaz

      @affina, lepas kuar result…
      xlme kendian..

      1. affina Avatar
        affina

        @muaz, terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge