Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Terbaru: Permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 untuk pelajar SPM 2011!

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 (calon SPM 2010) sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2010. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

  • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B Matematik
  • C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E Matematik Tambahan
  • C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • B Matematik
  • C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
  • E Kimia

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah  pada 10 Oktober 2010.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2011 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2011. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2011. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi untuk maklumat lanjut atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan berserta kemaskini berkenaan Matrikulasi Sesi 2011/2012, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

93 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012”

  1. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    sejak bla matrik ad aliran teknikal? wahh dah evegreen gak zaman ak matrik dlu xde course tu ekeke

    1. beliamuda Avatar

      @fiffy syafiqa hazirah, saya pun tak tahu sejak bila, tapi tahun lepas lagi dah ada.

  2. wans Avatar

    Terjumpa senarai ranking U Malaysia, boleh pilih hok no 1.

  3. Pisyek Avatar

    matrik dah makin maju skg nih.. hehe…

  4. […] [Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012] […]

  5. nana Avatar
    nana

    bile bole beli no pin secara individu??

  6. syiera Avatar
    syiera

    asal tak boley klik permohonan matrik melalui internet.. adoyh… help!

    1. beliamuda Avatar

      @syiera, untuk makluman anda, sistem web KPM sedang dikemaskini. Harap maklum.

  7. ash Avatar
    ash

    asal xley klik prm0honan lm internet….”page n0t f0und”why???ad0yai…

    1. beliamuda Avatar

      @ash, untuk makluman anda, sistem web KPM sedang dikemaskini. Harap maklum.

  8. Yaya Avatar
    Yaya

    Napa x ble bkak brang pmhonan mlalui intrnet?? Bila bru ble bkak?

    1. beliamuda Avatar

      @Yaya, untuk makluman anda, sistem web KPM sedang dikemaskini. Harap maklum.

  9. Pandora's Box Avatar
    Pandora’s Box

    ble laman web bru bleh buka

    1. beliamuda Avatar

      @Pandora’s Box, apabila kemaskini telah siap. sekarang ni semua web KPM tidak boleh diakses.

      1. mizah Avatar

        @beliamuda, knpa sya isi borang matrikulasi x dpt2 erk ? lps isi msti ada kluar mklumat anda x dpt di sah kn..knpa erk???

        1. beliamuda Avatar

          @mizah, kalau masalah berkaitan sistem, kena rujuk pihak kementerian bahagian matrik. saya pun tak dapat membantu untuk masalah macam tu.

  10. Jentayubiru Avatar
    Jentayubiru

    klau bangsa lain-lain boleh tak mohon matrikulasi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge