Salam sejahtera buat semua.
Dalam proses saya mengikuti arus sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia, ada tiga titik masa yang menjadi turning point paling berkesan dalam hidup saya.
Pertama adalah semasa zaman UPSR yang mana adalah tahun terakhir di alam sekolah rendah dan menjadi penentu kepada hala tuju ke alam persekolahan di peringkat menengah. Yang kedua adalah zaman PMR di mana peperiksaan awam bagi peringkat menengah rendah yang juga adalah tahun terakhir saya bersekolah di MRSM Transkrian. Terakhir sekali, zaman SPM yang merupakan titik perubahan paling besar dan yang menjadi permulaan sebelum melangkah ke alam universiti.
Ketiga-tiga peristiwa di atas adalah tiga peperiksaan awam yang terbesar di Malaysia bagi peringkat pendidikan yang berkenaan. Namun, dalam berita yang dilaporkan hari ini, UPSR dan PMR digambarkan bakal dimansuhkan.
Berikut adalah petikan berita tersebut.
Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.
Beliau berkata, peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Katanya, pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya. – Bernama
Jika pemansuhan ini dilakukan sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, mungkin ia antara langkah yang baik pada pandangan saya. Sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan keseriusan gejala pendidikan sekarang walaupun ia tetap sukar diubah.
Melihat kepada keadaan sekarang, para ibu bapa bertungkus lumus menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan tuisyen di luar sekolah semata-mata mahu anak mereka mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan, sedangkan tujuan sebenar pendidikan adalah lebih daripada itu.
Mungkin ada baiknya jika peperiksaan seperti UPSR dan PMR ini dilaksanakan sendiri oleh pihak sekolah (sebagai kayu pengukur prestasi pelajar untuk membolehkan mereka melanjutkan pembelajaran ke sekolah berasrama penuh). Namun, saya tidak menolak langkah ini ada baik buruknya. Diharapkan, kementerian menilai dengan lebih mendalam akan hal ini.
beliamuda: Tarikh UPSR, PMR dan SPM 2010
bebudak memang sekarang malas nak belajar. ada seorang budak kat sini sampai sanggup ponteng utk online internet. aduhai. naz tau pun bila dia dah diberhentikan sekolah. naz rasa sedih yg amat. tp budak tu takda rasa apa pun 🙁
@nazra, kalau bab pelajar malas tu, payah sikit.
Dulu tak kecoh pun…tak ada upsr/pmr..yang ada penilaian darjah 5 dan LCE/SRP…lagi berkualiti untuk siasah diri dan akademik
@naw1074, Oppps!!1 ini cerita lama kenkadang boleh pakai juga…
@naw1074,jadi maksud awak,dulu pun pernah lah sekali UPSR di mansuhkan…………….
@dee-dee, bukan pernah dimansuhkan. peperiksaan darjah lima tu zaman 70-an dulu rasanya.
practice make perfect!!!!! right!!
sy rasa x perlu d mnsuhkan
pendapat saya, x perlu bubar, cume ubah silibus kepada lebih praktikal……
SYE MMBNGKANG PERNYATAAN BHAWA ‘PMR DAN UPSR BAKAL DMNSUHKAN’.
bg sye, tdk prlulh dmnsuhkn mna2 pprksaan bsr sprt upsr, pmr atau spm krana jka tdk ada pprksaan sbgitu para pljr tdk akn mhu bljr brsungguh2 dmi mse dpn mreka. mreka akn terus leka kerana fkir mreka tdk prlu mngmbil ujian bsr jd mreka tidak akn mhu bljr lg. Jd sye bhrap phk brkuasa akn mmbtlkn hsrat mreka untuk mmmsuhkn upsr dn pmr.
Saya sgt bersyukur jika PMR dimansuhkan thun 2011
@Anti Diskriminasi, PMR mansuh tahun 2016.
Pingback: Selamat Menempuh PMR 2010 Buat Pelajar Tingkatan 3 | beliamuda {dot} com
Pingback: UPSR Dikekalkan, PMR Dimansuhkan 2016 | beliamuda {dot} com
rsanya x perlu mansuh sbb nnti budak2 tuh mlas nk belajar n tahu n enjoy jer~~
peperiksaan UPSR n PMR ini juga bertindak sbg kayu ukur utk mlihat prestasi diri kita n pncapaian kita ats satu sbjek itu.. jdi klu da x da UPSR n PMR , mcm mna kita nk tgok pncapaian kita..??
@iffah, UPSR sebagai kayu ukur? Sekarang ni UPSR dah jadi bahan jenaka. Cikgu pun dengan mudah membocorkan soalan. Jadi bahan jenaka je la macam ni.