UPSR dan PMR bakal dimansuhkan?

Salam sejahtera buat semua.

dalam kelas

Dalam proses saya mengikuti arus sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia, ada tiga titik masa yang menjadi turning point paling berkesan dalam hidup saya.

Pertama adalah semasa zaman UPSR yang mana adalah tahun terakhir di alam sekolah rendah dan menjadi penentu kepada hala tuju ke alam persekolahan di peringkat menengah. Yang kedua adalah zaman PMR di mana peperiksaan awam bagi peringkat menengah rendah yang juga adalah tahun terakhir saya bersekolah di MRSM Transkrian. Terakhir sekali, zaman SPM yang merupakan titik perubahan paling besar dan yang menjadi permulaan sebelum melangkah ke alam universiti.

Ketiga-tiga peristiwa di atas adalah tiga peperiksaan awam yang terbesar di Malaysia bagi peringkat pendidikan yang berkenaan. Namun, dalam berita yang dilaporkan hari ini, UPSR dan PMR digambarkan bakal dimansuhkan.

Berikut adalah petikan berita tersebut.

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Beliau berkata, peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya, pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya. – Bernama

Jika pemansuhan ini dilakukan sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, mungkin ia antara langkah yang baik pada pandangan saya. Sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan keseriusan gejala pendidikan sekarang walaupun ia tetap sukar diubah.

Melihat kepada keadaan sekarang, para ibu bapa bertungkus lumus menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan tuisyen di luar sekolah semata-mata mahu anak mereka mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan, sedangkan tujuan sebenar pendidikan adalah lebih daripada itu.

Mungkin ada baiknya jika peperiksaan seperti UPSR dan PMR ini dilaksanakan sendiri oleh pihak sekolah (sebagai kayu pengukur prestasi pelajar untuk membolehkan mereka melanjutkan pembelajaran ke sekolah berasrama penuh). Namun, saya tidak menolak langkah ini ada baik buruknya. Diharapkan, kementerian menilai dengan lebih mendalam akan hal ini.

beliamuda: Tarikh UPSR, PMR dan SPM 2010

Comments

33 responses to “UPSR dan PMR bakal dimansuhkan?”

  1. x-po Avatar

    rasa2nya tak perlu nak mansuhkan, sbb nnti budak2 akan malas nk belajar sbb tak ada peperiksaan yg bsr dan penting

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, tapi cikgu, kalau pembelajaran itu menjadi lebih menarik, pastinya ia tetap akan menarik perhatian pelajar.

  2. Abu Raihan Avatar
    Abu Raihan

    tak perlu. budak2 g sekolah 6 tahun kot darjah 1 smpai darjah 6.
    masa tu la mereka belajar. ape yg pendidikan berorientasi peperiksaan nya?

    1. beliamuda Avatar

      @Abu Raihan, berorientasikan peperiksaan maksudnya apa yang diajar semata2 nak skor je. kalau dah betul2 pelajar diajar semasa sekolah rendah, penilaian seperti UPSR bukanlah satu masalah. tapi ianya bukan begitu dan UPSR dianggap salah satu peperiksaan yang paling besar semasa di sekolah rendah dan pelajar terpaksa melalui pembelajaran yang tidak fun (tengoklah keadaan sekarang, hari2 ada kelas tambahan sampai petang.. kalau boleh nak je sebut, “UPSR je pun”).

      1. irah Avatar
        irah

        @beliamuda,aku setuju… emmm.. kamu sume tau tak perkataaan pelajar ngan murid tu berbeza… macam juga kalau dalam bahasa inggeris,student dan pupils.. cikgu kami cakap,perkataan murid ngan pelajar ni sangat berbeza..sebenarnya pelajar ni untuk pelajar sekolah menengah manakala murid pula,untuk murid sekolah rendah… hah!! ingat tu…

  3. Pena Maya Avatar

    PTS? penilaian tahap satu ingat?

    btw
    sistem kita actually sekadar nak skor je
    kita carik ilmu sekadar nak dapt sijil
    bukan carik ilmu sebab ilmu itu sendiri
    kita takde budaya nak carik ilmu

    from my pov la.
    Assalamualaikum.

    1. beliamuda Avatar

      @Pena Maya, mesti la ingat. sempat juga ambil PTS, tapi tak lompat kelas pun.

  4. denaihati Avatar

    Bagus sangat dimansuhkan dan digantikan dengan penilaian lain melalui aktiviti pembelajaran harian. UPSR dan PMR tak boleh menjadi akhlak anak2 semakin baik pun.

  5. Wan Perlis Avatar

    kena kaji btl2 nak mansuhkan

  6. ikin Avatar

    kalau tadek upsr cane penilaian nak masuk mrsm?

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, boleh je nak buat penilaian lain. dulu MRSM ada buat penilaian sendiri (masa zaman mama saya kecik2 lagi).

      1. irah Avatar
        irah

        @beliamuda, haha!!! aku pun camtu….

  7. fyzul MP Avatar

    Saya pasti kerajaan ada perincian apabila ingin memansuhkan UPSR dan PMR. Jgn jadi seperti isu subjek sains dan matematik hari tu dah..huhu..

  8. irwan Avatar
    irwan

    tak perlu kut sbb keputusan pelajar akan semakin merosok nnt

  9. YUNUS ABU NAIN Avatar
    YUNUS ABU NAIN

    Kalau dah tentu ada upsr atau pmr pun budak-budak ni tak kisah nak belajar, apa tah lagi dah tak de ! Jadi semakin hancur le anak-anak melayu kita. hidup tak berwawasan, tau nak enjoy je sesetengah tu!

  10. Hanz Avatar

    Tak perlu dimansuhkan, tapi itulah tak dapat dibayangkan apa akan jadi kalau semua exam disatukan dalam SPM. Makin ramai penggangur gamaknya.

    1. beliamuda Avatar

      @Hanz, pasal ramai penggangur tu, rasanya perkaitan dengan UPSR dan PMR macam takde je. rasanya ia lebih berkaitan dengan skill dan pasaran kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge