Mengutuk Tindakan Rejim Zionis Terhadap Flotilla Bantuan ke Gaza

Salam sejahtera buat semua.

Isu Flotilla (from Spanish, meaning a small flota (fleet) of ships, and this from French flotte) yang menhantar bantuan ke Gaza dalam misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) diserang telah menimbulkan kejutan kepada umat manusia yang mengetahui akan hal ini.

Saya tidak tahu apa yang patut ditulis dalam entri ni. Entah, rasa sedikit bingung. Bingung kerana kurangnya reaksi daripada kalangan rakan saya kenal di alam maya, tapi dalam kalangan rakan terdekat dengan saya, isu ini telah menggerakkan mereka untuk menulis dan mengutuk tindakan Rejim Zionis.

Saya sekadar mengikuti kemaskini terkini di Twitter, walaupun pada awalnya ada isu kontroversi di mana hashtag flotilla tidak menjadi trending topic walaupun sekalian banyak yang menulis pasal isu ini. Ada yang mengatakan ini mungkin kesilapan teknikal, tidak kurang juga yang menolak kemungkinan ada censored daripada pihak Twitter.

Walau apapun, tindakan yang dilakukan Rejim Zionis sangatlah kejam dan ianya tidak boleh diterima langsung oleh logik akan tidak kiralah justifikasi apapun yang diberikan mereka. Sejak serangan dilakukan, berita terkini tentang nasib kapal Mavi Marmara masih belum diketahui setelah terputus hubungan sebaik diserang askar Israel (IDF).

Bantuan kita yang berada jauh ini boleh dilakukan dengan menembak doa supaya keadaan pulih dan misi ini berjaya. Boleh juga dibaca Qunut Nazilah dalam solat. Paling kurang, sentiasa awas dan prihatin dengan keadaan terkini yang terjadi dalam misi LL4G ini.

beliamuda: Serius bingung. Macam ada sesuatu yang sangat tidak kena…

Comments

18 responses to “Mengutuk Tindakan Rejim Zionis Terhadap Flotilla Bantuan ke Gaza”

  1. Nasrullah Avatar

    Salam.
    Sesuatu yg sgt xkena.
    Sedih..pilu…mengenangkan nasib mereka.
    Smpai camni sekali Israel menghina dunia.
    Kat laut INTERNATIONAL pun dia bleh tunjuk kuasa sewenang-wenangnye…kuang ajo tul la..
    Kita mampu berdoa je la takat ni.Bila la umat Islam seluruh dunia nk bersatu utk memerangi Israel. Masa tu akan tiba…insyaAllah.
    sama2 kita doakan.
    “Mata nasrullah,Alaaa inna nasrullahi qarib” [Al-Baqarah : 214]

    1. along rufaidah Avatar

      @Nasrullah, right on nash! sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
      org2 mcm kita ni la yg kena bangkit kan?
      bak kata dr sumathi dlm pcs, no…not hope that u’ll be future leaders. u MUST be the future leaders!

  2. bARdbOO Avatar

    kejam btol diorang nie..geram la..huhu
    .-= bARdbOO´s last blog ..First Time Menang Contest =-.

    1. beliamuda Avatar

      @bARdbOO, sama-samalah kita terus mengutuk tindakan Zionis dan terus menembak doa.

  3. Che Daisy Avatar

    memang depa ni sengaja nk siksa rakyat palestin tu..konon ada rancangan nak berdamai ler apa lah..uh..selagi depa tak dapat apa yang depa mau..sampai kiamat ler bumi palestin akan mereka kacau.
    Tak senang hidup mereka..ya allah kau lindungilah saudara2 kami di sana..amiin..!!
    .-= Che Daisy´s last blog ..Lahir mu kedunia..Membawa cahaya.. =-.

  4. aizuddin Avatar

    lagi2 pasal kekejaman zionis..kita hanya mampu berdoa
    .-= aizuddin´s last blog ..Software : Jadual Lengkap World Cup 2010 Waktu Malaysia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, yup, sama-samalah kita terus menembak doa.

  5. denaihati Avatar

    ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR

  6. Wan Perlis Avatar

    Dr M kata kalau rasa terancam patah balik
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Kenapa Youtube video streaming slow ? =-.

  7. wazy Avatar

    Kita berdoa je la agar saudara kita kat sana terselamat
    .-= wazy´s last blog ..Keajaiban Nombor di dalam Al Qur’an =-.

  8. kuyam Avatar

    Zionis mcm bukan manusia je.
    sbb manusia patut ada hati dan perasaan.
    diorang ni langsung xberperikemanusiaan.
    mmg Laknatullah!
    .-= kuyam´s last blog ..Pandangan aku pula tentang rampasan kapal gaza flotilla oleh Israel =-.

  9. AMALINA Avatar
    AMALINA

    SY MEMANG ANTI DGN ISRAEL…..DIAORG XDA SFAT KEPERIMANUSIAAN

  10. nazra Avatar

    kdg2 rasa mcm nk p tumbuk ja muka2 mana yg dok gatai p tembak bantuan tu..tp apakan daya..mna mampu 🙁

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, kita tembak doa je la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge