Bacaan Doa Qunut Nazilah

Salam sejahtera buat semua.

Kepada seluruh umat Islam, sama-samalah kita membaca doa Qunut Nazilah dalam solat sebagai cara bantuan kita kepada konvoi NGO dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia yang sedang ditimpa musibah natijah daripada serangan Rejim Zionis ke atas Kapal Konvoi LL4G.

Dibawah ialah bacaan Qunut Nazilah.

Doa Qunut Nazilah

Maksudnya “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Anda juga boleh muat turun bacaan Qunut Nazilah dalam format PDF dengan klik pautan di bawah:

<< Bacaan Pendek || Bacaan Panjang >>

beliamuda: [1] Bacaan Qunut Nazilah boleh dilakukan dalam rakaat terakhir selepas rukuk setiap kali solat. [2] Sama-samalah kita berkongsi dengan rakan kita dan turut sama membacanya.

22 thoughts on “Bacaan Doa Qunut Nazilah

  1. assalamualaikum,jrg btl kte dpt tgk org buat qunut nazilah ni kan?aku ingat klu kte buat dh tentu org2 y tgk tkejut,lg2 klu solat bjemaah,klu imam buat dh tentu makmum tpinga2,imam ni btl ke x btl ktenya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge