Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang ramai rakyat Malaysia sedia maklum, terutamanya peminat badminton yang mengikuti Piala Thomas 2010, Malaysia telah berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Thomas 2010, selepas menumpaskan Denmark dalam pusingan suku akhir. Semak keputusan Malaysia – Denmark peringkat suku akhir.
Bagi sesiapa yang menyaksikan sendiri perlawanan peingkat suku akhir tersebut, pasti terasa debarannya. Sebaik sahaja berjaya mendahului Denmark dengan kemenangan Perseorangan 1 dan Beregu 1, dua kekalahan menyusul selepas itu, serupa seperti dalam perlawanan Malaysia menentang Jepun di peringkat kumpulan.
Agak mendebarkan apabila Choong Han kalah di set pertama. Tambah mendebarkan apabila permainan berjaya dilanjutkan ke rubber set, namun kekalahan pertama tidak dapat dibendung lagi. Melihat perlawanan Beregu 2 yang berjaya melanjutkan set pertama sehingga mata 26-24, harapan sedikit bersinar. Namun dengan beregu bidan terjun ni, kekalahan sekali lagi menimpa. Nasib baik tiada yang emo. 😛

Akhirnya, Hafiz Hashim membawa kemenangan buat Malaysia setelah menewaskan lawannya dalam dua set. Pada awalnya ramai yang tidak yakin dengan Hafiz Hashim memandangkan prestasi kurang memberangsangkan sewaktu perlawanan dengan Jepun yang membawa kekalahan kepada pasukan Malaysia. Harapnya, prestasi baik akan diteruskan dan diperbaiki dalam menghadapi pasukan China.
Bagaimana dengan perlawanan Malaysia menentang China nanti? Apakah mampu Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir dengan mengalahkan China? Saya harap pemain kita mampu memberikan kejutan buat pemain China dan seterusnya mencipta peluang untuk merangkul Piala Thomas kali ini.
Cukup setakat tu mengenai Piala Thomas 2010. Untuk perlawanan peringkat separuh akhir ni, saya tidak dapat mengikutinya kerana seawal pukul 6 lagi, saya dan rakan-rakan sejurusan akan berangkat ke Greentown kerana kami mengadakan jamuan makan malam ChemE Jan07.

Walaupun kali ini tidak memegang amanah meganjurkan jamuan seperti semester lepas, rasa tergerak pula untuk membantu mereka yang menguruskan kali ini. Sekadar membantu apa yang boleh.
beliamuda: Tak dapat nak mengetahui keputusan perlawanan peringkat separuh akhir, Malaysia – China dengan segera…
Leave a Reply