Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada para pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember tahun lalu dan ditutup pada Januari 2010 sudah boleh membuat pengemaskinian permohonan dalam Fasa 2.

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semester.

Pengemaskinian Perrmohonan

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

Kemaskini Fasa 2 ke UPU

Kemaskini Fasa 2 ke USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web Pohon USM.
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2010 sehingga 20 Mei 2010.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – 23 Mei 2010
  • USM – 20 Mei 2010

Maklumat

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;

  • UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

beliamuda: Diolah semula daripada ePutra.

Comments

42 responses to “Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi”

  1. akmal93 Avatar

    hmm..nk tnye ckit…klu da mohon fasa 1…kne mohon lgi skli ke fasa 2…!!!!

  2. wanie Avatar

    kalau tak isi untuk fasa 1 tak pe ke?tlg jwb…darurat…

    1. MIRARINKIKA Avatar
      MIRARINKIKA

      @wanie, seboleh2nya kena isi la
      e2 dpat mmudahkn urusan

  3. Auto Avatar
    Auto

    Hmm, ada kawan aku tnye, kalo xde isi fasa 1, tpi terus isi fasa 2, takpe ke?? Tapi, kalo mengikut syarat2 kat atas tu, wajib kan?? Huh.. Camne??

  4. syera Avatar
    syera

    salam..
    saya lepasan spm..
    kalau saya tak isi fasa 1 boleh isi fasa 2 tak??
    kalau tak boleh ap perlu saya buat??

  5. bella Avatar
    bella

    tension la…syew dah isi fasa 1 n tngah nk isi fasa 2 tpkn ad msalh…blew sayew dah isi mklumat yg mle2 skli mcm nme ibu ,pasword,id n bla…blew nk seterusnyer x blh,sayew x tau apew yang silap…tkanan dbuatnyer…sayew btul2 berharap dapat masuk u..tlong la

    1. beliamuda Avatar

      @bella, berlaku masalah yang macam mana tu?

    2. amira azhari Avatar
      amira azhari

      @bella, -samalah mira pun ada masalah macam ni jugak,macam mana nak solve kan ek?

  6. keira Avatar

    mcm ane kte nk tau eak unk kelyakn ipta fasa 2..mmmm

  7. yan Avatar
    yan

    sy sempat nk isi fasa 1.tp ms isi fasa 2 tu 1st page pon dah tak lepas.nak nanges ni.cemane ye?xde pluang nk masuk u ke?xnk masuk lewat2.klu boleh nk masuk julai ni jugak plz…

  8. yan Avatar
    yan

    typing error..hehe.actly sy xsempat nk isi fasa 1.then fasa 2 xleh nk fill up pulak.send apetah lagi.plzzz tlong…

  9. inz Avatar
    inz

    nate neh..

    1. beliamuda Avatar

      @inz, bkpo plok?

  10. inz Avatar
    inz

    xjupo pom…bzir krdt aku jah..

    1. beliamuda Avatar

      @inz, apa kes?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge