Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada para pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember tahun lalu dan ditutup pada Januari 2010 sudah boleh membuat pengemaskinian permohonan dalam Fasa 2.

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semester.

Pengemaskinian Perrmohonan

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

Kemaskini Fasa 2 ke UPU

Kemaskini Fasa 2 ke USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web Pohon USM.
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2010 sehingga 20 Mei 2010.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – 23 Mei 2010
  • USM – 20 Mei 2010

Maklumat

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;

  • UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

beliamuda: Diolah semula daripada ePutra.

Comments

42 responses to “Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi”

  1. […] mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan semester 2 sesi 2009/2010. Jangan lupa untuk permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan matrikulasi. innity_pub = "59c33016884a62116be975a9bb8257e3"; innity_cat = "MALAY"; innity_zone = "7639"; […]

  2. Muhammad Aiman Avatar
    Muhammad Aiman

    Thank U very much for the info..
    Very nice..
    Kalau dah mohon untuk Fasa 1, tapi tak kemas kini untuk Fasa dua camna? Takpe kan?

    1. beliamuda Avatar

      @Muhammad Aiman, rasanya masih perlu buat untuk Fasa 2 ni. apa salahnya kalau buat semakan kan?

  3. yana Avatar
    yana

    maaf nak tanya
    kalau sya lpasan spm/setaraf x dpt juga untk e-rayuan fasa 1
    fasa 2 da kemngkinan boleh dapat tak??

    1. mae Avatar
      mae

      @yana, insyallah,dapat 🙂 doa bnyk2 😀

  4. arie Avatar
    arie

    e-rayuan hari tu sy xdpt…
    mcmne sy nk mohon u lg??

  5. afiq89 Avatar
    afiq89

    e-rayuan sy xdapt..
    ade sesape tau camne nk apply balik untuk intake disember???
    penting ni…
    same macam isi upu gak ke

  6. nadia92 Avatar
    nadia92

    aq nk smbug study !!!!
    dah b0san duk umah !!!!
    tp aq xthu nk daftar..
    ah.. b0d0hnye aq ni !!

  7. Wiwin Avatar
    Wiwin

    permohonan upu untuk lepasan spm 2010 fasa 2 punye bila ye..??

    tQ…..

  8. fatimah aliah binti cheman Avatar
    fatimah aliah binti cheman

    salam…mcm mana nk mohon tuk fasa 2 lpasn spm 2010???

    1. siti aishah nazaruddin Avatar

      @fatimah aliah binti cheman, aliah..awak ni anak cik aishah ke??? kalau betul,contact lah sy dkat fb…ni ac fb sy ; siti aishah nazaruddin….da lama xjumpa kan..kalau slah org,mintak maaflah…

  9. pening nye.. Avatar

    ingin bertanya..apakah bezanya permohonan upu dan permohonan usm??mengapa usm ta sekali dengan upu..apesal asing2kn??kompius..mohon penjelasan:)

    1. beliamuda Avatar

      @pening nye.., USM tu uni Apex. Memang ada pengurusan sendiri untuk pengambilan pelajar. sebab tu diasingkan dengan UPU. Harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge