Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil (PRK) Sibu:

Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 April 2010 yang mengandungi 54,695 orang pemilih, terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pemilih pos.

  • 54,695 pemilih berdaftar
  • 52,158 pengundi biasa
  • 2,537 undi pos (1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis)

Pecahan Mengikut Kaum

  • Cina 67%
  • Melayu/Melanau 10.5%
  • Bumiputera Sarawak 22%

Lagi info mengenai PRK Sibu (P212).

PRU 12 Sibu Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 bagi Parlimen Sibu (malaysiakini.com)

Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Sibu

5:00 Petang: DAP – 810 BN – 1029 Bebas – 15

5:10 Petang: DAP – 1029 BN – 2959 Bebas – 18

6:00 Petang: DAP – 1819 BN – 3804 Bebas – 37

6:30 Petang: DAP – 7026 BN – 6243 Bebas – 52

7:00 Petang: DAP – 10,733 BN – 9229 Bebas – 97 [Jumlah keluar mengundi ialah 32,742 (59.86%)-SPR]

7:30 Petang: DAP – 15,655 BN – 12,838 Bebas – 132 [Calon pertama yang mendapat 16,372 undian berpeluang untuk menang]

8:00 Petang: DAP – 16,538 BN – 13,490 Bebas – 136 [DAP berkemungkinan memenangi kerusi Parlimen Sibu, menanti keputusan rasmi]

9:00 Malam: DAP – 18,570 BN – 15,980 Bebas – 201 [Keputusan rasmi masih lagi belum diumumkan atas sebab-sebab tertentu]

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Richard Wong Ho Leng Democratic Action Party 18,570
2 Robert Lau Hui Yew Barisan Nasional 15,980
3 Narawi Haron Bebas 201

Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini

*****

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (p212)

Pengumuman rasmi mengisytiharkan DAP menang kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398. Statistik penuh akan dimasukkan kemudian.

DAP – 18,845 || BN – 18,447 || Bebas – 232
Majoriti – 398

Keputusan PRK Sibu

Sumber: Malaysiakini.com

Comments

36 responses to “Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)”

  1. vee Avatar
    vee

    saya nk tahu sape yg menang kat sibu?

  2. FitriKhalil Avatar
    FitriKhalil

    Ha! Sekarang rakyat Sibu Sudahpun melakukan transformation!
    Ini ckup bagus..haha..
    “Sah2 la Najib tgh demam skrg..”

    1. ADAM CHRISTIAN Avatar
      ADAM CHRISTIAN

      @FitriKhalil, demam? Sakit perut… dan mengalami kemaluan yang besar… 398 pengundi berjaya menampar BN dan menyuruh diorang bangun!! buat kerja betul2… jgn bagi empty promise…

  3. guest Avatar
    guest

    tahniah dap,pkr,pas and snap kerana ada nafas baru di cbu.kalah di batang ai dan hulu selangor menang pula di cbu.thank so much….agi idup agi ngelaban.wind of change

  4. carlos Avatar
    carlos

    Lihat percaturan politik sekarang sudah jelas menampakkan sokongan bangsa dan kaum tertentu
    tanpa mengira parti. Orang melayu kene sedar, jangan selalu kata tak apa dan biarlah. Bgkit wahai orang melayu!!! Melayu perlukan satu parti yang benar2 membela nasib orang melayu. Dap adalah parti racist dan percayalah ia memang racist.

    1. musang berbulu ayam Avatar
      musang berbulu ayam

      @carlos, “RACIST”????? sorry bro, di SARAWAK takde tempat untuk “racist”. Bangga menjadi rakyat Sarawak kerana Semua bangsa dan keturunan tanpa mengira AGAMA, darjat dan pangkat turun mengundi……..satu SARAWAK yang tak pernah dihebohkan. Percaturan politik???..biarkan “mereka” yang bercatur….parti mana pun menang tetap sama..BN menang tetap politik….DAP menang pun atas dasar politik….mana-mana parti yang menang itupun politik mendapat sokongan pengundi….yang penting “parti” bukan bekerja untuk satu kaum sahaja di Sarawak. Membela nasib???? itu kira nasib baiklah….ubah sikap kita sendiri untuk lebih maju setara dengan orang lain disekeliling kita..sampai bila nak bergantung dengan “Parti” untuk membela nasib kita. HIDUP SARAWAK. AGI IDUP AGI NGELABAN…….

  5. friend Avatar
    friend

    kami di sini lama menunggu keputusan rasmi dari sibu.apakah ada udang di sebalik batu?memang sudah lama wujudnya kejadian sebegini jika memihak kepada pr.DAP jauh mendahului BN.kalau pengiraan undi pos pun PR masih mendahului.apakah ini masih berlaku pada pilihan raya akan datang?thanksssss…..PR

  6. RAkyat sejati sarawak Avatar
    RAkyat sejati sarawak

    Yeah..DAP menang..Dah bosan dan muak dengan Parti kerajaan yang sentiasa main politik kotor. Kami di Sarawak Inginkan Konsep 1 Malaysia yang sebenar. Bukan 1 Malaysia atas nama sahaja. Saya pun tertanya, PM tau ke maksud 1 Malaysia. Politik sarawak akan berubah…Teruskan menyokong pakatan pembangkang. Muak dah dengan BN. 50 lebih tahun merdeka tp rakyat dan negara hanya mencapai sedikit kemajuan. Kita nak tukar kerajaan. Dah bosan dengan janji2 kosong parti BN. Mereka hanya memajukan orang sendiri sahaja. Rakyat makin miskin, saudara menteri dan parti BN makin kaya. Mungkin dengan pembersihan besar-besaran ke atas ahli politik di Sarawak akan membawa kepercayaan kami kepada BN semula. Selagi mereka yang tidak layak digelar pemimpin tersebut masih memegang kerajaan negeri mungkin BN akan menerima kekalahan yang makin mengejutkan pada pilihanraya negeri sarawak akan datang. Hidup DAP!!!

  7. RAkyat sejati sarawak Avatar
    RAkyat sejati sarawak

    Maaf kekawan…bukan hanya cina mengundi DAP. Kami golongan bangsa Iban pun mengundi DAP.
    Saya pun merasa hairan kenapa hampir 99% undi pos adalah untuk parti BN. Terdapat udang di sebalik maggi disitu.. Undi pos tidak digalakkan..Kerajaan perlu adil.Jangan campur tangan dalam SPRM.!!!!

  8. Peace Avatar
    Peace

    Racist!!!! Sory bro..Kita disini tidak mengira racist sebagai ancaman. Kami di Sarawak hidup dalam kemakmuran dan tidak pernah terlintas pun perkataan racist. Melayu,Iban,Cina,Kayan dan bangsa lain adalah sama rata. Kami adalah 1 Sarawak. Jangan lupa, Konsep 1 Malaysia telah lama wujud dalam diri kami.Melayu!!! haha!!! Carlos..anda sungguh melucukan kerana kami di sini tidak mengira agama mahupun kaum. Ternyata andalah yang Racist. Hidup Sarawak!!!

  9. B0rneo Asli Avatar
    B0rneo Asli

    Haaahahahaha!!!mana dia BN???jom kita terjah sama dia!!!!tahniah org2 cbu..tanah borneo bkn lg fix deposit kpd BN!!

  10. Roslan Ab Rahman Avatar
    Roslan Ab Rahman

    Mana dia kata2 PKR – Parti Kian Runtuh, Parti Kencing Rakyat, Parti Khianat Rakyat? Mana dia laongan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa? BN jangan terlalu taksub. Jangan ingat pengundi boleh dibeli dengan janji pembangunan ratusan juta ringgit sedangkan Kementerian dan Jabatan Kerajaan di potong peruntukan antara 30 hingga 50 peratus. Ingat yang mengundi tu pun ada kakitangan kerajaan, mereka mengeluh OT dipotong, tuntutan di potong dan macams lg yang di potong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge